Press Statement

Pelantikan Semula Ketua Setiausaha Negara Secara Kontrak

By Thursday March 11th, 2010 No Comments
Adalah dimaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan semula YBhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Hj. Hassan sebagai Ketua Setiausaha Negara secara kontrak untuk tempoh 1 tahun lagi mulai 24 Jun 2010 hingga 23 Jun 2011. Pelantikan semula YBhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Hj. Hassan itu adalah atas kepentingan negara kerana perkhidmatan beliau sebagai Ketua Setiausaha Negara masih diperlukan terutama dalam meningkatkan lagi system penyampaian Perkhidmatan Awam Malaysia.
YBhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Hj. Hassan telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara pada 3 September 2006 sehingga bersara wajib pada 23 Jun 2007 kerana mencapai umur 56 tahun pada tarikh tersebut. Seterusnya, beliau telah dilantik semula secara kontrak sebagai Ketua Setiausaha Negara untuk tempoh 2 tahun mulai 24 Jun 2007 hingga 23 Jun 2009. Perkhidmatan beliau telah dilanjutkan lagi untuk tempoh 1 tahun mulai 24 Jun 2009 hingga 23 Jun 2010.

Leave a Reply