Press Statement

Pelantikan Pengerusi dan Anggota Suhakam 2013-2016

By Tuesday June 4th, 2013 No Comments

Adalah dimaklumkan bahawa menurut subseksyen 5(2) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 [Akta 597], Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) berikut untuk tempoh 3 tahun, iaitu:

 

  1. YBhg. Tan Sri Hasmy Agam;
  2. YBhg. Profesor Datuk Dr. Khaw Lake Tee;
  3. YBhg. Profesor Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Hj. A. Majid;
  4. YBhg. Profesor Dato’ Dr. Aishah Bidin;
  5. Encik James Deva Nayagam;
  6. Encik Francis Johen anak Adam; dan
  7. Encik Sylvester Madating @ Nordin Kasim.

 

2.       Selaras dengan subseksyen 6(1) Akta 597, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan YBhg. Tan Sri Hasmy Agam dilantik sebagai Pengerusi SUHAKAM.

 

3.       Pelantikan ini adalah berkuatkuasa mulai 26 April 2013.

Leave a Reply