
Petang semalam saya berkesempatan melancarkan pasukan Misi Bantuan Perubatan dan Kemanusiaan Institut Jantung Negara (IJN) yang akan berlepas ke kawasan kampung dan pedalaman sekitar Manek Urai untuk membantu mangsa-mangsa banjir di sana. Saya difahamkan bahawa 3 pasukan perubatan melibatkan 2 orang doktor dan 20 jururawat serta pekerja bantuan lain akan membantu penduduk kawasan tersebut – terutamanya dari segi perubatan – selama 2 hari. Semoga kunjungan mereka akan dapat membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir, dan semoga usaha ikhlas pasukan dari IJN ini mendapat balasan pahala daripada Allah S.W.T.