Blog

Pelancaran Buku INMIND

By Saturday November 1st, 2014 No Comments

Saya sering menekankan bahawa Islam amat mementingkan ilmu pengetahuan. Malah, dalam ucapan saya di Forum Ekonomi Islam Dunia di Dubai baru-baru ini, saya turut menyatakan bahawa ayat pertama yang disampaikan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW adalah Iqra’ iaitu ‘Bacalah.’ Tanpa ilmu, tidak mungkin kita akan menjadi umat yang berjaya dan cemerlang. Selaras dengan itu, semalam saya berkesempatan untuk melancarkan tiga buku terbitan Institut Perkembangan Minda (INMIND) yang berkisar mengenai Islam. Buku-buku ini amat tepat dan wajar dihayati oleh umat Islam sebagai tauladan dan inpirasi serta boleh dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari.

NR INMIND

Leave a Reply