Pelan Pemulihan Negara kerajaan PN sebenarnya sekadar pemantauan dua angka…

By Thursday June 24th, 2021 No Comments

Pelan Pemulihan Negara kerajaan PN sebenarnya sekadar pemantauan dua angka berbeza sahaja iaitu:

1. Kes baharu Covid
2. Peratus penduduk selesai diberi vaksin.

Negara boleh beralih ke fasa yang berikutnya sekiranya sasaran bagi kedua-dua angka ini tercapai.

Dari Fasa 1 ke Fasa 2: kes bawah 4,000 dan vaksinasi 10%.

Dari Fasa 2 ke Fasa 3: kes bawah 2,000 dan vaksinasi 40%

Dri Fasa 3 ke pembukaaan penuh: kes bawah 500 dan vaksinasi 60%.

Tapi pada asasnya, Kerajaan PN sebenarnya hanya bergantung kepada vaksinasi untuk selamatkan Malaysia.

Tapi apakah back-up plan sekiranya vaksinasi tidak dapat menurunkan kes baharu Covid semasa?

Adakah kita akan tersekat memanjang di sesuatu fasa sebab kes baharu tetap tinggi biarpun peratusan vaksinasi telah mencapai target?

Kita lihat contoh negara Chile yang saiz penduduknya sekitar separuh dari Malaysia.

Chile guna vaksin jenis Sinovac, Pfizer dan Astrazeneca.

Malaysia juga guna vaksin Sinovac, Pfizer dan Astrazeneca.

Prestasi vaksinasi di Chile setakat ini:
Dos pertama: 63.7%
Dos kedua: 50.2%

Biarpun kadar vaksinasi di Chile sangat tinggi berbanding Malaysia tapi kes baharu dan kematian baharu Covid tetap tinggi dan tidak menunjukkan penurunan ketara.

Sebab itu, baru-baru ini Chile sekali lagi umum lockdown.

“11 Jun 2020: Covid-19 pandemic: Chile capital locks down despite mass vaccination”
https://www.bbc.com/news/world-latin-america-57436861

Justeru, kerajaan PN tidak boleh bergantung sahaja kepada vaksinasi sahaja untuk selamatkan negara.

Perlu dipadankan dengan langkah-langkah lain terutamanya memastikan penularan Covid dan kes baharu adalah rendah sepanjang tempoh program vaksinasi berjalan.

Takkan kamu hanya bimbang 14 juta Rakyat keluar ke pusat mengundi pada ketika kes baharu Covid masih tinggi tetapi kamu tak bimbang 25 juta Rakyat keluar ke pusat vaksinasi untuk mendapat vaksin?

Sebab itu, ianya amat perlu untuk turunkan kadar kebolehjangkitan, kadar positif, jumlah kes baharu dan kadar penggunaan ICU sebelum bergantung penuh dengan program vaksinasi dengan langkah-langkah berikut:

1. satu tempoh lockdown yang amat ketat tetapi singkat dengan bantuan PENUH;

2. Melaksanakan saringan percuma komuniti secara besar-besaran termasuk memberi saringan percuma bagi mereka yang datang untuk divaksin;

3. Gunakan tempoh ini untuk naikkan lagi kapasiti rawatan ICU serta ward Covid sekiranya kes Covid naik semula pada ketika kadar vaksinasi sudah tinggi.

Kita tidak semestinya jadi seperti negara Chile tapi ianya tanggung jawab kerajaan untuk memastikan kita tidak menjadi seperti Chile dan kita ada back-up plan sekiranya kita mengikut trend negara Chile supaya Rakyat dan ekonomi dilindung.

Pelan pemulihan negara bukan setakat satu persatu menteri membuat lawatan berikut lawatan ke pusat vaksinasi untuk peluang berselfie sahaja.

Vaksinasi adalah amat amat penting dan patut dipercepatkan tapi Orang putih kata: “Hope for the best but plan for the worst”



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157971416900952/

Leave a Reply