Pejuwang kata orang Melayu tak pandai. Asyik tubuh parti baru untuk pecah…

By Friday August 21st, 2020 No Comments

Pejuwang kata orang Melayu tak pandai.

Asyik tubuh parti baru untuk pecah belahkan kuasa orang Melayu hanya kerana mahu jadi ketua parti untuk rebut kuasa, kata kepala pejuwang.

Mari kita belajar sejarah.

TAHUN 1980an:
Untuk kekalkan jawatan dia sebagai presiden dan PM apabila jawatan dia dicabar, Pejuwang tubuh UMNO baru untuk singkirkan geng Ku Li.dan Tunku Abdul Rahman.

Maka Melayu pecah belah apabila mereka yang disingkirkan pejuwang tubuh parti Semangat 46.

TAHUN 1990an:
Untuk kekalkan jawatan dia sebagai presiden parti dan PM apabila dia ditentang Anwar, pejuwang singkirkan geng Anwar.

Maka Melayu pecah belah lagi apabila mereka yang disingkirkan pejuwang tubuh parti PKR.

TAHUN 2010an:
Demi menjadi Pengerusi Parti dan merebut jawatan PM sekali lagi apabila Presiden UMNO tidak lagi mahu akur tuntutan dia dan tidak sokong anak dia jadi Naib Presiden parti, dia tubuh parti Bersatu atas nasihat Kit Siang untuk pecah belahkan Melayu lagi.

“Bekas Naib Presiden PPBM Hamidah Saksi Kit Siang Cadangkan Mahathir Tubuh Bersatu”
https://www.malaysia-today.net/2019/07/15/hamidah-saksi-kit-siang-cadangkan-mahathir-tubuh-bersatu/

TAHUN 2020an:
Demi menjadi Pengerusi Parti dan merebut jawatan PM sekali lagi atau merebut jawatan Timbalan PM bagi anaknya, dia tubuh parti Pejuewang untuk pecah belahkan Melayu lagi.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157300385965952/

Leave a Reply