Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Peguam Negara mengesahkan Tommy Thomas yang bersetuju secara prinsip untuk... - Najib Razak

Peguam Negara mengesahkan Tommy Thomas yang bersetuju secara prinsip untuk…

By Sunday May 17th, 2020 No Comments

Peguam Negara mengesahkan Tommy Thomas yang bersetuju secara prinsip untuk menerima penyelesaian kes Riza Aziz.

Bukan Tommy sahaja. Malah Latheefa Koya pun pernah bersetuju. kata peguam negara.

“Saya telah dinasihatkan bahawa Thomas – setelah meneliti surat representasi itu melalui satu minit bertarikh 19 Nov 2019 – memohon pandangan daripada Timbalan Pendakwa Raya Kanan Gopal Sri Ram, dan turut menyatakan berdasarkan cadangan-cadangan yang dinyatakan di atas, bersedia untuk memberi pertimbangan kepada representasi tersebut.

“Saya selanjutnya dinasihatkan bahawa Gopal – setelah berbincang dengan ketua pesuruhjaya SPRM ketika itu, Latheefa Koya – mencadangkan agar cadangan-cadangan yang dinyatakan di dalam representasi tersebut diterima oleh SPRM.

“Saya juga dinasihatkan bahawa Thomas telah secara prinsip bersetuju dengan cadangan tersebut,” katanya.

Menurut Idrus, beliau ditaklimatkan bahawa sebelum ini Tommy Thomas bersetuju pada dasarnya menerima tawaran dibuat peguam anak tiri Najib itu.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157043499265952/

Leave a Reply