Peguam negara dah jelaskan kenapa Menteri Khairuddin tidak didakwa. Tiada…

By Wednesday October 21st, 2020 No Comments

Peguam negara dah jelaskan kenapa Menteri Khairuddin tidak didakwa.

Tiada arahan kuarantin (borang 14b) dikeluarkan oleh pegawai KKM di KLIA untuk Khairuddin masa dia pulang.

Bagaimana pula nak langgar undang-undang kuarantin jika tiada arahan kuarantin diberi?

Jika kes di bawa ke mahkamah, confirm kes dibuang oleh hakim.

Sebab itu, saya minta Khairuddin didakwa dalam mahkamah. Biar hakim tentutkan. Jika hakim buang kes, barulah PH puas hati.

Maka Teresa pun terima alasan peguam negara dan serta-merta mulakan perjuangan dia untuk mencari mangsa baru.

Teresa tengah cari pegawai KKM yang tidak keluarkan arahan kuarantin dan benarkan Khairuddin pulang ke rumah.

Apapun, minta ahli UMNO buat laporan polis terhadap Teresa sebab dia sendiri mengaku langgar PKP pada bulan Mac lalu apabila dia merayau keluar rumah dia untuk berkawan dengan jiran dia dari negara China.

Teresa langgar PKP:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156841357515952



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157436798370952/

Leave a Reply