Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Peguam Negara baru dedahkan bahawa bukan sahaja Tommy Thomas yang bersetuju... - Najib Razak

Peguam Negara baru dedahkan bahawa bukan sahaja Tommy Thomas yang bersetuju…

By Sunday May 17th, 2020 No Comments

Peguam Negara baru dedahkan bahawa bukan sahaja Tommy Thomas yang bersetuju dengan penyelesaian kes Riza Aziz. malah Latheefa Koya pun pernah bersetuju.

Ini bukan kali pertama Tommy menafikan dia tidak tahu atau tak terlibat dalam keputusan Pejabat Peguam Negara yang cetuskan kontroversi walaupun dia Peguam Negara masa itu:

Banyak lagi contoh-contoh dalam tempoh singkat dia menjawat:

KES 1. Peguam Negara tak libat dan tak tahu kenapa Jabatan Peguam Negara gugurkan kes majikan Pulau Pinang dera dan bunuh amah Indonesia.

21 April 2019: Peguam Negara akan siasat isu gugur kes bunuh amah
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/peguam-negara-akan-siasat-isu-gugur-kes-bunuh-amah-steven-sim-205402

KES 2. Peguam Negara tak libat dan tak tahu kenapa Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan balas terhadap sabitan dan hukuman penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin

12 Julai 2019: Kes Wan Ji: Tommy tak sedar rayuan balas pendakwaan
https://www.sinarharian.com.my/article/37398/BERITA/Mahkamah/Kes-Wan-Ji-Tommy-tak-sedar-rayuan-balas-pendakwaan

KES 3: Peguam Negara tak libat dan tak tahu kenapa Jabatan Peguam Negara memfailkan affidavit bahawa ahli Bomba Muhammad Adib tidak dipukul.

“Dalam afidavit yang difailkannya pada 19 Julai, Thomas berkata bahawa walaupun terdapat 1,200 pegawai undang-undang di Jabatan Peguam Negara (AGC), beliau tidak mengeluarkan arahan kepada mereka mengenai tugas harian masing-masing.”

24 Jul 2019: AG nafi afidavit kata Adib tak dipukul perusuh
https://www.malaysiakini.com/news/485181

KES 4: Peguam Negara tak libat dan tak tahu kenapa dua pertuduhan tambahan dikenakan ke atas wakil rakyat DAP sehingga dua pertuduhan baru ini digugurkan sebaik sahaja ianya difailkan dalam Mahkamah dengan alasan pertuduhan baru ini adalah berlebihan.

7 Nov 2019: LTTE: AG jelaskan sebab 2 pertuduhan baru pada Adun DAP dibatal https://www.malaysiakini.com/news/498978

KES 5: Peguam Negara tak libat dan tak tahu kenapa Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap kebebasan Raja Formula Negara.

6 Dis 2019: “AG says appeal against Rafizi acquittal done without his knowledge”
https://www.theedgemarkets.com/article/ag-says-appeal-against-rafizi-acquittal-done-without-his-knowledge

KES 6: Peguam Negara kata dia tak terlibat dalam pengguguran kes rasuah Guan Eng.

Sep 05, 2018: Guan Eng bebas, peguam Tommy Thomas tidak terlibat
https://www.beritaharian.sg/dunia/guan-eng-bebas-peguam-tommy-thomas-tidak-terlibat



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157043572840952/

Leave a Reply