PDRM mengumumkan mereka masih siasat MB Selangor setelah menerima laporan…

By Thursday October 22nd, 2020 No Comments

PDRM mengumumkan mereka masih siasat MB Selangor setelah menerima laporan polis bahawa dia langgar kuarantin.

Namun saya lihat dia juga tak bersalah dari segi langgar undang-undang.

Dia pulang dari Sabah pada 28 Sep dan diarahkan untuk memakai gelang pink dan untuk menjalankan kuarantin.

Pada masa itu, arahan KKM ialah mereka yang pulang dari Sabah bermula 27 Sept cuma perlu kuarantin di rumah untuk tempoh 3 hari sahaja.

Bagaimanapun, ramai dari kita yang pulang dari Sabah masa itu (termasuk saya) pilih untuk menjalankan kuarantin kendiri selama 14 hari kerana kita tahu saringan pertama negatif kita di airport bukan bermaksud kita bebas Covid dan kita perlu menjalankan saringan kedua selepas 10 hari.

Pendekatan ini terbukti tepat apabila sebilangan orang termasuk beberapa wakil rakyat disahkan positif pada saringan kedua walaupun saringan pertama setelah tiba di airport adalah negatif.

Namun, MB Selangor sudah keluar dari rumah pada hari ke-6 (4 Okt) selepas tiba dari Sabah dan terus masuk ke pejabat dia, melawat loji air untuk menghidu air dan mengadakan sidang media.

Seperti kes Menteri Khairuddin yang tidak menerima arahan kuarantin, pendapat saya ialah MB Selangor juga tak bersalah dari segi undang-undang tapi sebagai seorang pemimpin, dia juga bersalah dari segi moral sebab dia telah membahayakan ramai orang termasuk wartawan, staff pejabat dan staff loji air.

Entah dia akan menderma gajinya juga kepada Tabung Covid seperti Khairuddin sebagai tanda mohon maaf?

“22 Okt 2020: Polis mula siasat kes berkait MB Selangor keluar kuarantin”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/10/22/polis-mula-siasat-kes-berkait-mb-selangor-keluar-kuarantin/



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157438750500952/

Leave a Reply