Pasukan peguam isteri saya memberitahu media bahawa mereka sangat kecewa…

By Thursday February 18th, 2021 No Comments

Pasukan peguam isteri saya memberitahu media bahawa mereka sangat kecewa dengan keputusan mahkamah hari ini untuk mengarahkan isteri saya membela diri dan tidak menggugurkan kes.

“Bagi pertuduhan pertama, tidak ada permintaan daripada anak guam kami, semua dilakukan oleh pihak ketiga yang nama digugurkan.

“Bagi pertuduhan kedua, kami membuktikan wang itu tidak pernah diterima oleh beliau. Semuanya diterima oleh Rizal Mansor,” kata peguam kepada media.

Peguam juga terkejut dengan keputusan terbaru hakim pagi ini untuk membenarkan rakaman audio didedah Lateefah Koya sebagai bukti kes walaupun dia penah memutuskan untuk menolaknya dalam perbicaraan kes.

Keputusan untuk menolak rakaman audio tersebut sebagai keterangan dibuat semasa perbicaraan pada 11 Dis, dan Zaini berkata ia tidak termasuk dalam Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman, iaitu penghakiman, hukuman, atau perintah.

Keputusan hari ini membatalkan keputusan terdahulu mahkamah tersebut.

Pihak pembelaan kata mereka sangat bimbang dan kecewa dengan pendekatan luar biasa hakim untuk tidak memberi sebarang alasan dan penjelasan bagi keputusannya.

“To say that we are disappointed is an understatement. His lordship has given his call for defence but without giving reasons.

“We don’t really know the thinking of the court. In leading the defence, we have to now speculate as to what did his lordship consider as maximum evaluation in calling for a defence and saying there is a prima facie case.

“This is what we are extremely concerned about, but we will do our best. We have to bow to his ruling. We have to respect that,” said Jagjit.

Perbicaraan kes ini akan bersambung pada Jun 9.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157710627300952/

Leave a Reply