Pasar tani buka, pasar malam buka, kilang buka, tapak pembinaan buka, kedai…

By Friday January 29th, 2021 No Comments

Pasar tani buka, pasar malam buka, kilang buka, tapak pembinaan buka, kedai perabot buka, kedai emas buka, kedai pakaian dalam mewah dan fesyen buka, shopping mall buka. Sampai 10 malam.

Sebenarnya kita buat PKP untuk apa memandangkan kes baru Covid masih semakin naik dan syarat semakin longgar?

Jika begini, hentikan sahaja PKP supaya adil pada semua.

Sebab itu dari hari pertama PKP, saya telah saran supaya PKP paling ketat dilaksanakan untuk 2 minggu sahaja untuk memberi impak maksima untuk usaha lawan Covid.

Kita buat ketat-ketat dua minggu. Kerajaan beri bantuan secukupnya bagi semua untuk menghadapi dua minggu yang tegas itu.

Beri peluang untuk hospital dan front-liners kita pulih.

Tak dibuat.

Sebaliknya, kini kita sudah menjalani 17 hari PKP setengah masak yang akhirnya terbazir.

Akibatnya, kes covid tak turun dan kita sudah menjadi negara paling teruk dilanda Covid dalam ASEAN.

Tekanan ke atas sistem kesihatan dan frontliners semakin berat. Rakyat disuruh kuarantin dan rawat kendiri di rumah.

Semakin banyak kluster Covid tempat kerja tercetus tapi semakin banyak kelonggaran untuk PKP diberi pula.

Kerajaan seolah-olah mahu keadaan kes Covid tetap tinggi dan berpanjangan.

Maka, Rakyat perlu bersedia untuk menghadapi penularan Covid yang semakin parah pada bulan-bulan mendatang.

Bila boleh buka semula sekolah pun menjadi satu tanda tanya yang besar.

Jika sekolah buka pun, ibubapa pun terfikir nak hantar anak ke sekolah ke tidak sebab penularan Covid tetap tinggi.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157661616360952/

Leave a Reply