Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
"Pasal apa Tun tak pernah terbabit menyokong pengeluaran duit kwsp rakyat... - Najib Razak

“Pasal apa Tun tak pernah terbabit menyokong pengeluaran duit kwsp rakyat…

By Selasa Julai 6th, 2021 No Comments

“Pasal apa Tun tak pernah terbabit menyokong pengeluaran duit kwsp rakyat sebab Tun pemimpin yang bertanggungjawab. Tun tahu jika wang kwsp rakyat dibenarkan pengeluaran secara tak terkawal ia akan menyebabkan pencarum menghadapi kekurangan wang setelah pencen. Inilah bukti Tun tak seteruk Najib dan Asyraf Dusuki.”

Itu komen seorang netizen tadi.

Tapi realitinya ialah falsafah dan pendekatan Tun Mahathir berhubung gaji dan kadar pulangan bagi KWSP sangat berbeza dengan saya.

Jumlah simpanan dalam KWSP adalah fungsi jumlah caruman yang bergantung kepada gaji serta kadar pulangan setiap tahun.

Tun Mahathir lebih suka pada golongan kapitalis dan kroni. Dia tidak suka gaji Rakyat menjadi tinggi sebab dia mahu gaji rendah untuk menarik pelaburan asing.

Sebagai bukti, dia antara paling kuat yang menentang akta gaji minimum yang dilaksanakan kerajaan semasa saya PM pada tahun 2012.

Sebab itu, kenaikan gaji masa dia PM4 adalah sangat perlahan dan gaji sangat rendah.

Manakala saya percaya tak guna jika kita menarik pelaburan asing tetapi gaji Rakyat terus rendah dan jurang pendapatan antara yang kaya dengan miskin tetap besar.

Lagipun, negara maju mana yang gaji penduduknya rendah sekiranya hasrat negara ialah untuk mencapai status negara maju?

Sebab itu, kita lebih cenderung untuk gunakan Pelan Transformasi dengan perancangan teliti serta hala tuju negara yang jelas untuk menarik pelaburan asing yang membayar gaji lebih tinggi kepada Rakyat.

Bukan menggunakan gaji pekerja murah (cheap labour) sebagai tawaran untuk menarik pelabur asing seperti Tun Mahathir.

Akibatnya jumlah pelaburan asing, kadar kenaikan gaji, penurunan kadar miskin tegar dan penurunan pekali Gini (yang melambangkan jurang pendapatan) dalam tempoh 9 tahun saya PM adalah paling tinggi dalam sejarah.

(Selepas PRU14, pula Pekali Gini naik semula sebab kerajaan PH bawah Tun Mahathir hapuskan GST dan potong kadar bayaran serta jumlah penerima BR1M)

Graf Jabatan Perangkaan yag saya lampirkan ada di sini:
https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/1_Articles_By_Themes/Prices/HIES/HIS-Report/HIS-Malaysia-.pdf

Tun Mahathir juga kurang memberi peluang kepada KWSP untuk menjana keuntungan.

Malah ada beberapa kali dia salah gunakan dana KWSP untuk bail-out projek-projek dia yang gagal – misalnya untuk projek MAMINCO di mana dia menyebabkan harga timah runtuh sehingga seluruh industri timah Malaysia runtuh walaupun industri itu merupakan antara industri export utama negara masa itu.

Sebab itu, kadar pulangan KWSP bersih (iaitu kadar dividen tolak kadar faedah bank) adalah rendah:

Ini kadar dividen KWSP masa dia PM4:

1997: 6.70%
1998: 6.70%
1999: 6.84%
2000: 6.00%
2001: 5.00%
2002: 4.25%
2003: 4.50%

Namun pada tahun-tahun itu, kadar faedah bank sering di atas 10%. Ahli KWSP sebenarnya rugi masa itu dengan menyimpan dalam KWSP sebab kadar pulangan dari simpanan tetap di bank adalah lebih tinggi.

Masa saya PM pula, saya telah lebih berusaha untuk memastikan kadar dividen KWSP lebih tinggi dengan beberapa inisiatif termasuk:
1. Membeli balik syarikat lebuhraya PLUS untuk diletakkan 49% bawah KWSP. Kerajaan juga membayar pampasan tahunan kepada PLUS supaya KWSP mendapat manfaat..
2. Menjual tanah Lembaga Getah jauh di bawah harga pasaran secara terus tanpa tender kepada KWSP untuk dijadikan projek KWASA Damansara bernilai berpuluh bilion Ringgit.
3. Melibatkan KWSP dalam projek Battersea England bernilai berpuluh bilion Ringgit juga.
4. Lebih memberi keutamaan kepada syarikat milik KWSP seperti MRCB untuk diberi projek infrastrutur negara. (Jika dulu, projek-projek ini akan diberi bergilir-gilir kepada kawan-kawan Tun Mahathir)
5. Membenarkan KWSP untuk lebih melabur di luar negara sebab saiz pasaran tempatan adalah terhad.

Hasil dari itu, kadar dividen KWSP masa saya PM adalah antara paling tinggi dalam tempoh 20 tahun walaupun kadar faedah bank dalam tempoh tersebut adalah rendah.

Inilah sebab saya berani untuk tuntut skim pengeluaran KWSP bagi ahli-ahli yang sangat terdesak dalam tempoh pandemik ini.

Sebab saya tahu dan yakin bahawa simpanan yang dikeluarkan hari ini mampu dipulihkan dengan kadar yang laju seperti telah terbukti masa saya PM di mana jumlah aset KWSP naik dari RM300 bilion ke RM850 bilion dalam tempoh 9 tahun..



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157991856045952/

Leave a Reply