Pasal apa korang pinjam berbilion-bilion selang tiap-tiap hari tapi bantuan…

By Friday June 25th, 2021 No Comments

Pasal apa korang pinjam berbilion-bilion selang tiap-tiap hari tapi bantuan tak sampai ke Rakyat dalam tempoh PKP 3.0 dan Total Lockdown?

Bayar balik pun pada tahun 2031 atau tahun 2040.

RM18.5 bilion dipinjam dalam bulan Jun sahaja.

RM17.5 bilion pada bulan Mei lepas.

RM138.53 bilion sudah dipinjam secara terus atau tidak terus, dikorek atau dijual dalam tempoh 6 bulan tahun 2021 sahaja.

Kita maklum bahawa hasil kerajaan terjejas setelah belanja RM600 bilion dan akibat ekonomi lembab sejak Darurat dilaksanakan.

Sebab itu, kena pinjam.

Tapi kalau dah pinjam begitu banyak, kenapa tak salurkan lebih kepada Rakyat yang dalam keadaan amat terdesak setelah berbulan-bulan menghadapi PKP bersambung PKP bersambung Total Lockdown?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157973542910952/

Leave a Reply