Pandangan saya berhubung isu bil elektrik yang tinggi bagi sebahagian…

By Tuesday June 16th, 2020 No Comments

Pandangan saya berhubung isu bil elektrik yang tinggi bagi sebahagian pengguna:

1. Tarif elektrik tak naik. Tapi penggunaan elektrik domestik masa PKP bagi bulan Mac dan April memang naik semasa kita semua duduk di rumah.

Penggunaan di tempat perniagaan pula jatuh mendadak akibat tidak beroperasi.

2. Masalah penyelerasaan bil elektrik memang berlaku dan berpunca dari perbezaan antara bil anggaran yang diberi masa PKP di mana bacaan meter tidak dapat dilakukan dengan bil semasa selepas bacaan meter bersambung.

3. Namun, diskaun bil yang diberi dalam pakej prihatin bawah kerajaan PN akhirnya akan menguntungkan pengguna.

Biar saya jelaskan bagaimana.

4. Diskaun dari 2% sehingga 50% ke atas bil yang diumumkan pada 27 Mac 2020. adalah untuk tempoh bulan April hingga bulan September 2020.

Kebanyakan pengguna B40 dan M40 akan menerima diskaun 15% hingga 50%.

(Masa PM7 umumkan pakej bantuan ekonomi pada 27 Feb lalu yang dirangka Guan Eng, hanya sektor pelancongan dan hotel yang layak menerima diskaun 15% bil elektrik. Langsung tak ada apa-apa untuk pengguna domestik)

Bulan April dan Mei, kita lebih duduk kat rumah dan penggunaan naik.

Namun kita telah mula bekerja selepas PKP dilonggarkan. Dengan ini penggunaan akan menurun dan kadar diskaun yang diterima akan lebih tinggi.

5. Selain diskaun, TNB juga memberi pengecualian bagi penalti lewat bayar sehingga akhir September 2020.

6. Tariff elektrik di semak dua kali setahun – iaitu pada 1 Jan dan 1 Julai.

Saya harap tariff akan diturunkan pada semakan yang akan datang pada 1 Julai 2020 memandangkan kos bahan api telah jatuh mendadak sejak awal tahun 2019.

Sejak bulan April tahun 2019, dah banyak kali saya suruh kerajaan PH untuk turunkan semula tarif yang mereka naikkan beberapa kali selepas PRU14 tetapi mereka tak hirau.

7. Memandangkan penggunaan rumah lebih rendah selepas PKP dilonggarkan serta kadar diskaun yang lebih tinggi sehingga akhir bulan September dan tarif yang dijangka akan diturunkan pada 1 Julai, saya nasihat pengguna yang menerima bil elektrik lebih tinggi untuk bayar kadar minimum seperti yang dibenarkan di bawah Pelan Bayaran Mudah yang diperkenalkan bawah pakej Prihatin.

Akhirnya, pengguna domestik akan menerima manfaat secara keseluruhan dari pakej Prihatin bagi bil elektrik walaupun bil semasa bagi tempoh permulaan PKP mungkin lebih tinggi.

8. Seperti yang saya sarankan bulan lepas, kerajaan PN juga boleh membantu TNB untuk mengstruktur semula pinjaman mereka sebanyak RM40 bilion untuk mengambil kesempatan kadar faedah yang telah menjunam di seluruh dunia pada masa krisis Covid ini – termasuk memberi jaminan kerajaan bagi pinjaman yang distruktur semula.

Penjimatan kos faedah TNB ini boleh disalurkan untuk memberi rebat kepada pengguna domestik yang menerima impak paling besar peningkatan bil elektrik akibat penggunaan elektrik yang lebih tinggi hanya kerana mereka ikut arahan kerajaan untuk duduk rumah masa PKP.

NOTA: Propaganda PH bahawa pengerusi baru TNB dibayar gaji RM11.5 juta setahun ialah satu lagi fitnah mereka.

Gaji RM11.5 juta itu adalah untuk CEO TNB dan bukan untuk pengerusi bukan eksekutif TNB.

Gaji pengerusi bukan eksekutif adalan RM30,000 sebulan – iaitu lebih rendah berbanding pendapatan RM86,464.92 sebulan Menteri Kewayangan kerajaan PH dahulu yang telah banyak menjahanamkan ekonomi Malaysia.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157127757905952/

Leave a Reply