News_archive

Panas terik tidak halang PM lakukan tinjauan

By Tuesday May 5th, 2009 No Comments

KOTA KINABALU 5 Mei – Cuaca panas terik tidak menghalang Datuk Seri Najib Tun Razak meninjau beberapa pasar dan kawasan tumpuan orang ramai di sepanjang Jalan Tun Fuad Stephen di sini.

Ditemani isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Perdana Menteri memulakan lawatan ke Pasar Kraf tangan, sebelum diteruskan di Pasar Sayur, Pasar Buah-buahan, Pasar Besar Kota Kinabalu dan Tebingan Segama.

Turut mengiringi beliau ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Sepanjang lawatan selama 40 minit itu, Perdana Menteri tidak melepaskan peluang beramah mesra dengan peniaga dan orang ramai yang membanjiri kawasan tersebut.

Kesempatan itu juga digunakan oleh Perdana Menteri untuk merasa keenakan buah-buahan tempatan seperti mangga dan nangka, sebelum menghilangkan dahaga di gerai air kelapa muda di pasar sayur berkenaan.

Beliau menamatkan tinjauan sejauh hampir satu kilometer itu dengan berhenti minum petang di pekarangan Hotel Hyatt sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu untuk berlepas balik ke Kuala Lumpur.

Sumber : Utusan Malaysia

Leave a Reply