Pakej rangsangan PKP 1.0: – Prihatin RM250 bilion – Prihatin SME RM10…

By Friday May 7th, 2021 No Comments

Pakej rangsangan PKP 1.0:
– Prihatin RM250 bilion
– Prihatin SME RM10 bilion
– PENJANA RM35 bilion
– Kita Prihatin RM10 bilion
– PERMAI RM15 bilion

Pakej rangsangan PKP 2.0:
– PERMEKASA RM20 bilion

Pakej rangsangan PKP 3.0:
???

Takde lagi ke Perutusan Khas?

i-Lestari dah tamat bulan Mac, permohonan i-Sinar nak tutup 30 Jun manakala kebanyakan moratorium pinjaman bersasar juga akan tamat bulan depan.

Simpanan dan rizab Rakyat juga semakin kehabisan setelah menghadapi PKP 1.0 dan PKP 2.0.

Kini Rakyat nak hadapi PKP 3.0 dengan apa?

Sebab itu, saya dah banyak kali saran jika mahu buat PKP dan bendung Covid, buatlah dengan betul-betul untuk putuskan rantaian Covid agar kita tidak bazir dan sia-siakan dana begitu besar yang telah dibelanja sebelumnya.

Jaga baik supaya pengorbanan amat besar Rakyat semasa PKP 1.0 tidak disia-siakan.

Tapi dibuat separuh masak selepas itu pula. Dan kini mahu buat secara tiga suku mentah.

Akibatnya, kerajaan dan Rakyat tersepit sekarang.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157873110330952/

Leave a Reply