Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Pakar yakin Najib mampu atasi kemelut ekonomi - Najib Razak
News_archive

Pakar yakin Najib mampu atasi kemelut ekonomi

By Tuesday April 7th, 2009 No Comments

AHLI ekonomi menyifatkan pelantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri keenam adalah tepat pada masanya ketika negara memerlukan pemimpin yang mahir dalam selok-belok ekonomi untuk membawa negara keluar daripada kemelut kemelesetan.

“Dalam krisis seperti sekarang, adalah sangat penting bagi kita mempunyai seorang pemimpin yang mempunyai daya kepemimpinan perekonomian,” kata Ketua Ahli Ekonomi, RAM Hol-dings Bhd, Dr Yeah Kim Leng.

Yeah berkata, pengetahuan Najib dalam aspek perekonomian membolehkan beliau membawa pembaharuan kepada ekonomi Malaysia menerusi pelaksanaan strategi yang berkesan.

“Kami (ahli ekonomi) gembira dengan pelantikan ini kerana Najib adalah seorang yang benar-benar memahami selok-belok bidang ekonomi,” katanya.

Bekas Presiden Bursa Malaysia, Datuk Muhammad Salleh Majid, pula berkata pengalaman luas Najib dalam pentadbiran negara ketika menjadi Menteri Besar, Menteri beberapa kementerian dan Timbalan Perdana Menteri adalah faktor yang membentuk Najib menjadi seorang pemimpin berkaliber yang mampu menguruskan ekonomi negara dengan baik.

Beliau menegaskan, semua pengalaman itu terutama ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri banyak mengajar Najib mengenai aspek pentadbiran serta ekonomi dan faktor itu dapat membantu beliau menjadi Perdana Menteri yang baik.

Sumber :Berita Harian

Leave a Reply