Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Pagi tadi, saya menerima laporan bahawa keadaan banjir di Ranau, Sabah... - Najib Razak

Pagi tadi, saya menerima laporan bahawa keadaan banjir di Ranau, Sabah…

By Tuesday June 16th, 2015 No Comments

Pagi tadi, saya menerima laporan bahawa keadaan banjir di Ranau, Sabah semakin buruk. Maka, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah mengaktifkan gerakan bantuan dan operasi memindahkan penduduk yang terjejas.

Memandangkan situasi ini, kesemua agensi Kerajaan termasuk Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Tentera Malaysia akan memantau keadaan di Sabah secara berterusan dalam tempoh beberapa bulan ini, terutamanya di Ranau dan kawasan sekitarnya.

Bantuan akan disalurkan untuk memastikan kebajikan penduduk terpelihara sebaiknya, termasuklah dalam pembaikpulihan infrastruktur yang mengalami kerosakan akibat banjir dan gempa bumi baru-baru ini.

Bersama-sama kita berusaha dan berdoa untuk keselamatan saudara-saudara kita di Sabah.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10152830126750952/

Leave a Reply