Pagi ini, Malaysia telah menerima 312,390 dos vaksin jenis…

By Sunday February 21st, 2021 No Comments

Pagi ini, Malaysia telah menerima 312,390 dos vaksin jenis Pfizer-BioNTech.

Batch pertama ini cukup untuk 156,195 orang sebab setiap penerima vaksin jenis ini memerlukan dua dos.

Namun perjanjian dengan Pfizer ialah untuk bekalan 12,799,800 dos – iaitu cukup untuk 20% daripada penduduk Malaysia.

Kerajaan menyasarkan 75 peratus penduduk diberi vaksin seawal bulan Februari 2022 iaitu tahap minima untuk Malaysia mencapai imuniti kelompok supaya Malaysia bebas dari Covid.

Setakat ini, 88 negara di dunia sudah memulakan program vaksinasi masing-masing dengan lebih 202 juta dos diberi.

Antara yang paling laju:
Seychelles: 67.8 dos per 100 orang penduduk.
UAE: 51.7 dos
United Kingdom: 26.7 dos
USA: 18.46 dos
Kesatuan Eropah: 5.91 dos

Usaha memberi vaksin negara USA dan China pula semakin rancak dengan kadar 1.32 juta dos dan 1.55 juta dos diberi setiap hari masing-masing

Negara-negara Eropah, UK dan USA menyasarkan untuk mencapai imuniti kelompok pada bulan Julai tahun ini.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157717163290952/

Leave a Reply