Page pro-PKR tak henti-henti tipu dan hasut rakyat. Kerajaan PH dah lama…

By Saturday June 20th, 2020 No Comments

Page pro-PKR tak henti-henti tipu dan hasut rakyat.

Kerajaan PH dah lama kalah dalam usaha mereka lucutkan hak RM192 juta dalam akaun bank UMNO.

Selepas PRU14, kerajaan PH banyak menekan kita – termasuk membeku segala akaun-akaun bank parti dan akaun peribadi kita.

Namun selepas hampir 2 tahun ditekan, mahkamah akhirnya memutuskan bahawa wang yang dibeku kerajaan bukan berkait 1MDB.

“7 Feb 2020: Wang UMNO yang dibeku bukan daripada 1MDB”
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/02/653540/wang-umno-yang-dibeku-bukan-daripada-1mdb

Pada 7hb Februari 2020 (masa PH), mahkamah dah tolak permintaan kerajaan PH untuk lucut hak wang UMNO dan MCA.

“7 Feb 2020: Mahkamah tolak saman lucut hak RM192j dari Umno, MCA”
https://www.malaysiakini.com/news/509943

Sebab itu, apa kaitan dengan PM8 masa itu sedangkan pada 7 Feb 2020 ianya PM7 yang masih berkuasa.

Namun masa itu, pendakwa raya tak puas hati dan memohon mahkamah untuk gantungkan arahan nyahbeku sementara waktu mereka memfailkan rayuan.

Akhirnya, mahkamah memutuskan untuk menolak permintaan gantung arahan setelah mendengar hujah pendakwa raya semalam dan mengarahkan wang itu dikembalikan kepada kita.

“19 Jun 2020: Mahkamah tolak permohonan pendakwa gantung perintah kembali RM192 juta wang Umno”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/06/19/mahkamah-tolak-permohonan-pendakwa-gantung-perintah-kembali-rm192-juta-wang-umno/

Bukan sahaja UMNO dan MCA menang kes lucut hak. Malah ramai lagi pihak yang menang dalam mahkamah untuk perkara yang sama.

Ini jelas menunjukkan kerajaan PH dahulu banyak menyalah gunakan kuasa untuk menekan lawan mereka.

Tak tipu, bukan PH.

Posting page PKR: https://www.facebook.com/199843990194126/posts/1635531189958725/?d=n



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157138743745952/

Leave a Reply