Page-page pro-PM7 terlalu laju dalam percubaan mereka untuk membalas posting…

By Sunday June 28th, 2020 No Comments

Page-page pro-PM7 terlalu laju dalam percubaan mereka untuk membalas posting saya tentang Mukhriz dapat permit pembalakan 2,471 ekar hutan pada tahun 1994 semasa dia umur 30 tahun.

Mereka kata itu cuma surat memohon sahaja. Bukan surat yang buktikan permohonan dia telah diluluskan.

Akibatnya, mereka dikecam ribuan netizens sekali lagi.

Netizens suruh admin page-page PM7 jangan baca tajuk surat sahaja.

Kerana kandungan surat (dalam Bahasa Inggeris) jelas menunjukkan ianya sebenarnya surat dari Mukhriz sebagai pengerusi surat untuk kirim terima kasih kepada kerajaan kerana kerajaan SUDAH meluluskan permohonnya.

Netizens juga jelaskan bahawa Mukhriz sendiri dah mengaku tahun lepas bahawa dia dah dapat projek pembalakan tersebut tetapi dia kata ianya cerita lama dan dia tak dapat manfaat yang besar dari projek ini masa itu pun.

Sebab itu, jangan salahkan saya lagi apabila dikecam netizens sebab korang sendiri gagal membaca kandungan surat itu betul-betul.

Posting page SSTDM:
https://www.facebook.com/sayasayangtunm/posts/3993838860687894

Posting Kelab Chedet:
https://www.facebook.com/kcdmalaysia/posts/3330307867056859

Ada juga yang suruh saya tunjukkan surat kelulusan permohonan Mukhriz.

Sebab itu, saya tunjuk.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157165349040952/

Leave a Reply