Page FB pro-PKR mengambil kesempatan isu kerajaan PN mengubah SOP makan…

By Monday February 8th, 2021 No Comments

Page FB pro-PKR mengambil kesempatan isu kerajaan PN mengubah SOP makan besar malam Tahun Baru Cina untuk menyerang parti PAS.

Dalam isu ini, ramai yang tersalah persepsi bahawa kelonggaran telah diberi untuk kaum Cina ziarah-menziarah untuk Tahun Baru Cina dalam tempoh PKP ini.

Tidak. Ini untuk adat makan malam bersama keluarga paling rapat sahaja sehingga 15 orang sahaja dan itupun terhad kepada mereka yang duduk dalam radius 10km.

Kawan-kawan dan mereka di luar keluarga tidak akan dijemput untuk adat ini.

Rentas daerah dan rentas negeri juga tetap dilarangkan – bermakna tiada siapa yang akan dibenarkan untuk balik kampung.

Tidak sama dengan perayaan-perayaan lain, aktiviti menziarah bagi Tahun Baru Cina tahun ini tetap dilarangkan.

Ramai juga terlupa bahawa pada masa PKP pertama, kerajaan PN pada mulanya juga telah larangkan ziarah hari raya.

“9 Mei: Tiada ziarah hari raya walau dalam negeri sama)” (PKPB)
https://www.malaysiakini.com/news/524528

Tetapi selepas ramai mengadu, kelonggaran diberi kerajaan untuk menziarah pada hari pertama Raya namun jumlah tetamu dihadkan kepada 20 orang.

“13 Mei: Aktiviti ziarah hanya pada hari raya pertama. Tidak lebih dari 20 tetamu” (PKPB)
https://www.sinarharian.com.my/article/83335/KHAS/Covid-19/Aktiviti-ziarah-hanya-pada-hari-raya-pertama

Begitu juga dengan Deepavali tahun lepas.

“5 Nov: Deepavali: Tuan rumah boleh terima 20 tetamu sahaja” (PKPB)
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/deepavali-tuan-rumah-boleh-terima-20-tetamu-sahaja-266955

Dan juga hari Krismas pada ketika kes Covid juga amat tinggi.

“18 Dec: SOP Krismas: Kunjung-mengunjung hanya pada hari pertama. Tidak lebih 20 orang” (PKPB)
https://www.sinarharian.com.my/article/115380/KHAS/Covid-19/SOP-Krismas-Kunjung-mengunjung-hanya-pada-hari-pertama

Boleh dikatakan bahawa SOP bagi Tahun Baru Cina tahun ini adalah lebih ketat berbanding perayaan-perayaan lain sebab kali ini, perayaan adalah dalam tempoh PKP 2.0 (lanjutan kali kedua) manakala yang lain ialah semasa PKPB.

Tapi kita sedia maklum bahawa PKP 2.0 kali ini adalah tidak macam PKP.

Malah ada yang berpendapat PKP 2.0 lebih longgar berbanding PKPB.

Misalnya kelonggaran yang diber dalam tempoh minggu yang lepas sahaja termasuk:
1. Carwash dibenar buka.
2. Pasar malam diberkan beroperasi.
3. Hair salon dan Gunting rambut dibenarkan.
4. Nikah dibenarkan
5. Bilangan jemaah solat Jumaat, fardu di Wilayah Persekutuan diperluaskan sehingga separuh saiz masjid.

Sebab itu, geng PH tidak patut menggunakan isu SOP bagi Tahun Baru Cina untuk memainkan politik berbaur perkauman.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157687536125952/

Leave a Reply