Pada tahun 2015, MBPP bawah kerajaan DAP Pulau Pinang terima aduan bahawa…

By Tuesday September 1st, 2020 No Comments

Pada tahun 2015, MBPP bawah kerajaan DAP Pulau Pinang terima aduan bahawa bangunan UMNO sedang naikkan logo UMNO.

Hari Khamis terima aduan, hari Jumaat dirobohkan MBPP.

Alasan digunakan ialah logo tidak mengikut spesifikasi dan menggangu lalu lintas walaupun ianya tidak terletak di atas tanah kerajaan Pulau Pinang dan wujudnya bahu jalan yang lebar di hadapan logo.

MBPP tegas nak roboh serta-merta dan enggan memberi permit walaupun undang-undang membenarkan tempoh 30 hari untuk kita rayu atau perbetulkan sebelum ianya diroboh.

Lepas itu, kerajaan DAP suruh kita jangan mempolitikkan isu ini kerana mereka cuma mengikut undang-undang.

Oh.. tak ada kompromi, ye?

DAP ajar kita perlu ikut undang-undang tanpa sebarang kompromi, rundingan atau budi bicara, ye?

MBPP Roboh Struktur Logo Umno Ikut Undang-Undang
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/06/22/roboh-logo-umno



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157326642670952/

Leave a Reply