Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Pada Sabtu lepas, saya telah berpeluang untuk bertemu dengan beberapa... - Najib Razak

Pada Sabtu lepas, saya telah berpeluang untuk bertemu dengan beberapa…

By Thursday May 17th, 2012 No Comments

Pada Sabtu lepas, saya telah berpeluang untuk bertemu dengan beberapa rakan-rakan Twitter saya di restoran Chawan di Bangsar. Pagi yang indah itu diserikan lagi dengan suasana bersarapan yang begitu kasual dan bersahaja bersama mereka.

Sambil menjamu selera dengan hidangan nasi lemak, ubi kayu rebus dan telur separuh masak, sarapan pagi itu dipenuhi dengan perbualan mengenai pelbagai topik. Mengenai Malaysia, bola sepak dan makanan – termasuklah bagaimana ubi kayu itu pernah menjadi makanan ruji sewaktu zaman Jepun. Rakan-rakan yang hadir bersarapan bersama saya pagi itu rata-rata mempunyai ciri-ciri terbaik bagi generasi baru rakyat Malaysia – penuh dengan optimisma dan keazaman untuk mengamalkan dan mengekalkan keamanan dan kemakmuran yang sedia dinikmati di negara kita ini.

Antara rakan-rakan online yang hadir, paling istimewa adalah saudara Anwaruddin, seorang pelajar berumur 15 tahun dari Hartamas yang merupakan pengikut Twitter saya yang ke-500,000. Kebetulan dia juga mempunyai minat yang mendalam dalam “mountain biking” seperti saya. Dia juga ingin tahu bagaimana saya menjaga kesihatan saya. Saya telah memberitahu Anwaruddin bahawa saya sebenarnya mengamalkan satu rutin kesihatan dan walaupun bekerja di luar, saya tetap melakukan senaman, termasuklah sewaktu dalam penerbangan! Seronok mendengar bagaimana sukan penting bagi dirinya. Saya harap rakan-rakan sebaya Anwaruddin turut sama aktif dalam sukan.

Pada keseluruhannya, pertemuan pagi itu begitu menyeronokkan dan saya harap dapat terus berhubung dengan rakan-rakan media sosial saya samada secara online atau offline. Pertemuan itu juga amat bermakna bagi saya kerana dua hari sebelumnya, laman Facebook saya telah mencapai 1 juta “like”. Terima kasih saya ucapkan kepada pengikut-pengikut saya seramai lebih 500,000 di Twitter dan 1 juta di Facebook atas sokongan mereka. Sokongan dan maklum balas anda semua amat saya hargai kerana saya yakin dengan kepentingan media sosial sebagai satu saluran untuk berkomunikasi dengan Rakyat. Sekiranya anda mempunyai idea bagi sebarang inisiatif seperti ini di masa hadapan, sudilah berkongsi dengan saya melalui ruangan komen blog saya atau melalui laman Twitter dan Facebook saya.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/383743718344915/

Leave a Reply