Pada mulanya, saya amat bimbang apabila membaca berita bahawa 28 pekerja…

By Monday May 4th, 2020 No Comments

Pada mulanya, saya amat bimbang apabila membaca berita bahawa 28 pekerja asing di tapak pembinaan kondo mewah Jalan Ampang didapati positif Covid secara serentak.

Kerana saya bimbang masalah yang menimpa negara Singapura akan berlaku pada negara kita.

Setelah saya buat checking, saya difahamkan bahawa situasi kita berbeza dengan negara Singapura di mana pekerja-pekerja asing sektor pembinaan mereka tinggal dalam asrama pekerja berpusat yang berpuluh ribu orang besarnya.

Akibatnya, negara jiran kita sedang menghadapi kluster asrama pekerja asing yang sudah mencecah 15,000 orang dan masih semakin meningkat.

Ini tidak serupa dengan keadaan projek Jalan Ampang di mana pekerja-pekerja asing tinggal dalam rumah kongsi sementara yang dibina atas tapak pembinaan tersebut.

Pun begitu, kerajaan PN mengumumkan langkah lebih pro-aktif hari ini dengan mewajibkan semua pekerja asing dalam semua sektor perlu disaring di mana kosnya ditanggung majikan.

Sebab itu, saya ulang saranan saya kepada majikan buat kali ketiga:

Saya tahu majikan bimbang pihak berkuasa akan denda atau ambil tindakan jika didapati kamu mengambil pekerja asing tanpa izin.

Saya faham kamu bimbang perniagaan kamu mungkin diarahkan untuk henti sementara untuk proses nyahkuman atau pekerja-pekerja lain kamu perlu dikenakan arahan kuarantin 14 hari dan disaring.

Tapi, percayalah kamu bahawa kes penyakit Covid ini tidak boleh disorok. Akhrinya akan dikesan kepada perniagaan kamu juga.

Percayalah bahawa hukuman ke atas kamu akan jauh lebih berat berbanding denda jika didapati mengambil pekerja asing tanpa izin.

Percayalah bahawa hukuman dan publisiti negatif pada kamu akan berkali ganda jauh lagi besar berbanding kerugian yang akan dialami jika perniagaan dihentikan untuk seketika.

Sebab itu, sila berhubung dengan pihak berkuasa secara serta-merta jika kamu mengesan atau diberitahu pekerja kamu menunjukkan gejala penyakit Covid-19.

Jangan halang mana-mana pekerja (tak kira ada permit atau tak ada permit) mendapat rawatan dan jangan main sorok-sorok.

Jangan mementingkan duit dan melihat pada keuntungan sahaja.

It’s not worth it!

Ini perkara yang melibatkan nyawa pekerja kamu, nyawa rakyat dan kepentingan seluruh negara kita.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157002125285952/

Leave a Reply