Pada ketika hampir seluruh dunia membina sistem keretapi laju, Mahathir kata…

By Thursday January 7th, 2021 No Comments

Pada ketika hampir seluruh dunia membina sistem keretapi laju, Mahathir kata projek HSR KL-Singapura tak penting, membazir dan boleh tunggu sekurang-kurangnya 20 tahun lagi untuk buat sebab masa dijimat cuma 15 minit sahaja.

Jimat 15 minit berbanding apa? Berbanding naik jet peribadi anak dan kroni dia atau naik kereta terbang nasional projek gagalkrasi PH?

Ini kes orang yang tak pernah duduk dalam kereta untuk perjalanan dari KL ke Singapura ataupun tak tahu tambak Johor sering sesak.

Cuba tanya mereka yang duduk di Muar atau Batu Pahat yang bekerja di Singapura bahawa mereka cuma jimat 15 minit dengan HSR (30 minit).

Tanya juga penduduk Melaka bahawa mereka cuma jimat 15 minit untuk pergi ke Kuala Lumpur dengan HSR (40 minit).

HSR ini penting sebab ianya lengkapkan visi dan cerita integrasi ASEAN apabila kita hubungkan antara dua ibukota terpenting rantau ini.

HSR ini penting kerana akhirnya Malaysia akan menjadi sebahagian dari rangkaian keretap laju Asia.

Selain memudahkan perjalanan Rakyat, HSR penting sebab ianya akan rancakkan ekonomi serta sektor pelancongan Malaysia dan menarik pelaburan asing yang bakal menjana 110,000 peluang pekerjaan serta memberi keuntungan lebih RM6 bilion setiap tahun kepada negara kita.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157605488150952/

Leave a Reply