Pada ketika ekonomi mantap dan pendapatan naik dengan kadar lebih tinggi,…

By Saturday May 22nd, 2021 No Comments

Pada ketika ekonomi mantap dan pendapatan naik dengan kadar lebih tinggi, rakyat masih boleh bertahan dengan inflasi sebab ianya adalah akibat permintaan yang tinggi.

Tetapi pada ketika ekonomi parah, ramai hilang kerja dan pendapatan berkurang maka kadar inflasi yang tinggi adalah amat parah kesannya pada Rakyat.

Ini dikatakan keadaan “stagflasi” – iaitu keadaan paling tidak diingini mana-mana negara.

Semalam, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) keluarkan kenyataan bahawa kadar inflasi bagi bulan April 2021 adalah 4.7% iaitu paling tinggi sejak tahun 2018.

(Sebelum ini, BNM pernah unjur bahawa kadar inflasi bakal cecah 7% pada tahun ini.)

Lagi menyedihkan ialah DOSM kata keadaan kadar inflasi tinggi ini akan berterusan sehingga suku pertama tahun 2022.

Kedua sebab yang diberikan DOSM kenapa inflasi melonjak naik adalah harga minyak yang kembali tinggi selepas jatuh mendadak tahun lepas dan penamatan diskaun elektrik oleh kerajaan.

Kedua-dua faktor ini juga yang saya pernah saran kerajaan PN untuk perbetulkan sejak tahun lepas.

“Tarik diskaun elektrik, kenaikan harga petrol beri impak kepada perubahan kadar inflasi, kata Najib”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/02/13/tarik-diskaun-elektrik-kenaikan-harga-pertrol-beri-impak-kepada-perubahan-kadar-inflasi-kata-najib/

Pada bulan Mac 2020 lalu iaitu sehari sebelum PKP 1.0 bermula, saya pernah suruh kerajaan untuk letakkan harga lantai (iaitu harga minima) pada harga RM1.50 atau RM1.80 bagi harga minyak apabila harga minyak global menjunam.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156830428855952

Saya saran begitu sebab peniaga tidak akan turunkan harga barang apabila harga minyak turun tetapi akan naikkan harga dengan amat laju apabila harga minyak memulih dan ini akan menyebabkan kadar inflasi melonjak.

Tapi kerajaan PN tak layan masa itu.

Pada akhir tahun lepas dan juga sekali lagi semasa PM8 umum pakej PEMERKASA, saya juga pernah saran bahawa diskaun elektrik yang tinggi tahun lepas tidak boleh ditarik balik sekaligus tetapi dengan dikurangkan secara berperingkat.

Tetapi, saranan ini sekali lagi tidak dihirau kerajaan.

Akibatnya, Rakyat biasa yang tengah bergelut dengan krisis Covid pada ketika ini diseksa lagi dengan kenaikan mendadak harga barang dan harga makanan sekurang-kurangnya sehingga suku pertama tahun depan.

Untuk meredakan sedikit keadaan inflasi, saya saran kerajaan untuk kembalikan diskaun elektrik serta-merta kepada Rakyat bagi musim PKP 3.0/PKP 3.01 ini.

Korang suruh Rakyat duduk kat rumah tapi tak beri diskaun elektrik. Bil pada akhir bulan mahu tak melonjak?

NOTA: Saya tak faham kenapa DOSM kata kadar inflasi 4.7% ini adalah paling tinggi sejak tahun 2018 sebab pada peringatan saya, kadar inflasi tidak setinggi itu sebelum PRU14.

Januari 2018: 2.7%
https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfPrev&id=cmdFdXlocGpoaVd2ZWUrRkdHbVBoUT09

Februari 2018: 1.4%
https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfPrev&id=ajRzYUZ3bnd3RmF0dlZRL1ZoaHJhQT09

Mac 2018: 1.3%
https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfPrev&id=eUZDbCs2b0tsOGlGSUVkZUI3L3pZQT09

April 2018: 1.4%
https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfPrev&id=SUFnRkY5YlFaK0RMVXFENmxEMm11UT09

Mungkin dimaksud DOSM ialah kadar inflasi yang naik mencanak apabila kerajaan PH dahulu perkenalkan cukai SST 10% + 6% untuk ganti GST walaupun ada pemimpin PN dan PH yang pernah janji bahawa harga barang akan turun sekiranya GST dimansuhkan.

GST sudah mansuh 3 tahun, kita masih tunggu harga barang turun.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157904511940952/

Leave a Reply