Pada bulan Mac 2020 lalu semasa pandemik bermula, saya pernah saran kerajaan…

By Sunday May 9th, 2021 No Comments

Pada bulan Mac 2020 lalu semasa pandemik bermula, saya pernah saran kerajaan untuk membuat saringan percuma secara besar-besaran.

Sesiapa yang nak disaring boleh tiba di mana-mana pusat kerajaan untuk disaring secara percuma.

Sejak itu, harga membuat saringan sudah jatuh dari RM500 hingga RM700 seorang ke RM60 seorang setelah kit saringan Rapid Antigen Test dihasilkan sejak tahun lepas.

Walaupun tidak setepat berbanding saringan PCR namun saringan Rapid Antigen sudah digunakan secara meluas di Malaysia dan juga oleh KKM dalam keadaan-keadaan tertentu sebab masa untuk mengetahui keputusan saringan adalah amat singkat.

Selain digunakan oleh negara Korea Selatan sejak pandemik bermula, pendekatan untuk membuat “mass screening” atau saringan besar-besaran juga digunakan di United Kingdom dan dikenali sebagai “surge testing” di sana.

Surge testing UK ini juga mengambil peranan juga untuk mengawal Covid di sana sehingga kes baru Covid negar itu jatuh dari 60,000 kes sehari ke sekitar 1,500 hingga 2,000 kes sehari – iaitu separuh dari kes Malaysia ketika ini.

Kerajaan negeri Selangor telah mulakan pendekatan mass screening ini dengan peruntukan RM6 juta untuk membuat saringan percuma bagi 50,000 warga Selangor dengan kos RM120 seorang.

Ramai yang mungkin tidak tahu bahawa akibat lockdown seluruh dunia tahun lepas, pengeluaran pelbagai jenis minyak telah turun dan stok telah kekurangan.

Susulan itu, harga dunia semua jenis minyak termasuk minyak jagung, minyak soya dan minyak kelapa sawit melonjak naik secara serentak sejak tahun lepas (tengok graph).

(Ya, harga minyak sawit melonjak naik akibat pandemik bukan melalui usaha kerajaan PN. Jika kerajaan PN masih nak ambil kredit maka mereka juga perlu mengambil kredit mewujudkan Covid)

Kerajaan BN masa dahulu telah melaksanakan cukai dunia runtuh sebanyak 3% sekiranya harga minyak kelapa sawit cecah RM2,500 satu tan.

Harga kini ialah RM4,700 satu tan dan pengeluar minyak sawit dalam Malaysia mendapat durian runtuh yang amat besar akibat pandemik.

Kerajaan baru umum bahawa pengutipan dari cukai 3% durian runtuh minyak kelapa sawit bagi suku-1 tahun 2021 sudah RM300 juta iaitu sekitar RM1.2 bilion setahun.

Jika cukai durian runtuh 3%, maka impaknya hanya RM141 sekiranya harga sebanyak RM4,700 satu tan.

Dan jika cukai ini digandakan ke 3%, impaknya ialah RM282 satu tan sahaja.

Saya percaya kenaikan cukai durian runtuh 3% atau RM282 satu tan tidak akan memberi impak yang besar kepada pengeluar kelapa sawit memandangkan harga RM4,700 satu tan sekarang adalah jauh lebih tinggi berbanding kos pengeluaran sekitar RM1,800 satu tan.

Adalah juga tidak adil bahawa sektor-sektor tertentu mendapat manfaat besar dan durian runtuh akibat pandemik tapi sektor-sektor lain terkesan besar.

Sebab itu, saya cadang cukai durian dinaikkan dari 3% ke 6% dan ini akan naikkan kutipan cukai durian runtuh dari RM1.2 bilion ke RM2.4 bilion.

Sebenarnya, kerajaan PN sudah cukup duit tanpa menaikkan cukai durian runtuh ini setelah memperolehi dana sebanyak RM38.7b setelah pinjam, korek dan jual aset dalam tempoh setengah bulan lalu.

Tapi jika masih tak cukup dana, bolehlah naikkan cukai durian runtuh minyak sawit ini.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157873425440952

Jadi, saya cadangkan kerajaan naikkan kadar cukai durian runtuh dari 3% hingga 6% untuk mendapat penambahan hasil sebanyak RM1.2 bilion.

RM300 juta dari RM1.2 bilion ini boleh diperuntukan untuk membuat saringan percuma secara besar-besaran bagi 2.5 juta individu di kawasan PKP.

(Baki RM900 juta boleh digunakan sebagai subsidi dedak ayam selagi harga sawit tinggi untuk pastikan harga ayam tak melonjak naik semula selepas arahan kawalan harga perayaan tamat dan bekalan ayam terjamin. Jangan bagi lagi ke Jkom)

Saringan percuma boleh dibuat di pusat-pusat vaksinasi kerajaan sedia ada dan boleh dibuat booking melalui MySejahtera sebagaimana pemberian vaksin dijadualkan.

Kerajaan juga boleh peruntukan sebahagian RM300 juta ini kepada klinik-klinik swasta dalam kawasan PKP supaya mereka juga boleh memberi saringan percuma dan membantu mempercepatkan proses jika kapasiti pusat vaksinasi kerajaan tak cukup.

NOTA: Kepada JKOM, jika kamu mahu petik penalti cukai 26%+40%+15%+10% sebanyak RM1.7 bilion tak masuk akal ke atas saya yang dikenakan kerajaan PH dan diteruskan kerajaan PN maka bersedialah untuk jawab sejak bila dana yang diderma, dana yang dikembalikan kepada penghantar 4 bulan kemudian, dana yang diperolehi dari luar negara dan dana yang sudah digunakan untuk kerja CSR dan politik boleh dikenakan cukai?

Perlu juga tahu bahawa beberapa hari lalu, LHDN cuba membankrapkan saya dengan segera tetapi mahkamah telah tolak.

“Peguam LHDN mencadangkan perlakuan kebankrapan telah berlaku dan dengan itu memohon agar tindakan kebankrapan itu direkodkan oleh mahkamah segera, namun, pihak kami membantah. Mahkamah kemudian memaklumkan ‘act of bankruptcy’ masih belum berlaku,”katanya.

“5 Mei 2021: Najib belum muflis”

Najib belum muflis



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157877199780952/

Leave a Reply