Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Pada 3 Nov 2020, Kit Siang beri masa 72 jam untuk saya jawab kenapa saya... - Najib Razak

Pada 3 Nov 2020, Kit Siang beri masa 72 jam untuk saya jawab kenapa saya…

By Saturday November 14th, 2020 No Comments

Pada 3 Nov 2020, Kit Siang beri masa 72 jam untuk saya jawab kenapa saya dilantik pengerusi BNBBC.

Melihat Kit Siang begitu garang, saya pun jawab dia serta-merta. Saya jawab:

“Saya dilantik pengerusi BNBBC sebab saya tidak dilantik pengerusi DAPBBC”.

Akhirnya saya beri dia 72 jam pula untuk menjawab 10 soalan amat mudah (siap diberi tips jawapan).

Malangnya 11 hari (264 jam) kemudian, Kit Siang masih tak mampu menjawab.

Sebab itu, saya muat naik sekali lagi supaya dia ingat untuk jawab.

Mana-mana penyokong PH atau peminat tegar Kit Siang juga digalakkan untuk bantu dia menjawab.
—-
1. Sejak bila kamu dilantik boss BN untuk pertikaikan dan menyibuk keputusuan lantikan dalaman BN?

2. Adakah ianya benar bahawa Ketua Hakim Negara yang dilantik masa PH itu adalah pilihan Kit Siang?
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/07/18/kit-siang-push-for-richard-malanjum-to-be-next-chief-justice/

Adakah juga Peguam Negara yang dilantik dari luar oleh PH yang membuat keputusan dakwa saya juga peguam anak kamu dan adakah pendakwa raya kes SRC saya yang dilantik dari luar oleh PH juga peguam untuk Phang Li Koon, penjual banglo murah kepada anak kamu?

3. Adakah ianya benar bahawa hakim kes SRC saya tiba-tiba ditukar dengan hakim baru yang dipindah dari mahkamah komersial ke mahkamah jenayah setelah kes mahkamah saya sudah berjalan dengan alasan “pertukaran hakim adalah perkara biasa” (routine change) seminggu selepas ketua hakim negara dilantik PH?
“New judge to hear Najib’s CBT case “
https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/07/27/new-judge-to-hear-najibs-cbt-case/

4. Adakah ianya benar bahawa ketua hakim negara tersebut hanya berkhidmat selama 9 bulan sahaja dan kemudiannya dia berkempen untuk Warisan Plus dan di atas pentas bersama Guan Eng pada PRN Sabah lalu?
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/09/13/former-chief-justice-richard-malanjum-backs-warisan-govt-in-sabah-polls/1902881

(Sejurus selepas bersara, dia juga dilantik pengerusi Berjaya Land iaitu syarikat milik kroni rapat PM4/7)

5. Adakah saya masih bebas sebagai ahli parlimen sebab saya tengah menunggu rayuan kes SRC saya? Dan adakah Kit Siang bersetuju bahawa kes SRC saya melibatkan saya sokong pinjaman RM4 bilion diberikan oleh KWAP kepada SRC pada tahun 2011 supaya saya kononnya tunggu 4 tahun kemudian untuk songlap RM42 juta (1% dari RM4b) yang kemudiannya dibelanjakan untuk kerja-kerja CSR dan sedekah dan bukan untuk kegunaan peribadi saya?

“Duit RM42 juta bukan hak Najib untuk sedekah, kata hakim”
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/271571

Ini tak sama dengan RM305 juta yang anak kamu sedekahkan kepada projek kroni terowong untuk kos membuat laporan kebolehlaksanaan di mana 5 tahun selepas bahagian besar wang RM305 juta dibayar, kita tak nampak pun ada apa-apa projek pembinaan kecuali pembinaan projek kondo mewah atas tanah kerajaan yang dibayar Guan Eng untuk projek terowong.

6. Adakah Kit Siang bersetuju bahawa menteri kewangan menyalahgunakan kuasa mereka seperti untuk mengenakan cukai LHDN ke atas RM2.6 bilion yang telahpun dipulangkan kepada penghantar 4 bulan selepas menerimanya dan dikenakan lagi penalti 40% + 10% + 5% sehingga menjadi cukai RM1.7 bilion?

Wang yang telah dipulangkan 4 bulan kemudian pun perlu dicukai ke?

7. Adakah Kit Siang pernah bantah orang yang sedang menghadapi perbicaraan kes rasuah dilantik sebagai menteri kewangan?

8. Adakah Kit Siang turut membantah orang yang sekali lagi menghadapi banyak dakwaan-dakwaan mahkamah untuk rasuah terus menjawat sebagai boss DAP?

9. Dan adakah Kit Siang bersetuju bahawa orang yang enggan tepati janji sendiri kepada pengundi untuk bersara jika Tun Mahathir tak serahkan jawatan PM kepada Anwar tidak perlu dilayan?

10. Kenapa kamu amat takut pada saya?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157489741820952/

Leave a Reply