Pada 27 April, saya menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Anggota…

By Monday April 29th, 2013 No Comments

Pada 27 April, saya menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Anggota Keselamatan di Markas Briged Utara Hulu Kinta, Perak. Selain daripada penyampaian Pingat Kedaulatan Negara kepada 30 anggota Pasukan Gerakan Am yang menyertai operasi di Lahad Datu, saya juga turut menyampaikan Dana Tabung Wira Lahad Datu Media Prima kepada 20 anggota keluarga pasukan keselamatan yang terkorban dan cedera dalam operasi tersebut.

Bantuan dan pengiktirafan itu tidak mencukupi jika hendak dibandingkan dengan jasa wira-wira kita yang sanggup bergadai nyawa demi keselamatan negara. Namun, kami di Barisan Nasional tidak akan melupakan setiap jasa mereka itu. Kita akan sentiasa berusaha untuk memastikan kebajikan ahli keluarga wira-wira kita itu sentiasa terjaga.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10151369092695952/

Leave a Reply