Pada 24 Nov, saya merekodkan kebimbangan saya semasa kerajaan PN umum bahawa…

By Sunday November 29th, 2020 No Comments

Pada 24 Nov, saya merekodkan kebimbangan saya semasa kerajaan PN umum bahawa keperluan kuarantin wajib 14 hari untuk mereka yang datang dari Sabah ke semenanjung Malaysia dengan alasan bahawa kes Covid di Sabah semakin menurun.

Masa itu, saya kata pendapat saya ialah situasi Covid di Sabah masih belum terkawal sebab jumlah kes dari kategori “lain-lain saringan” tetap tinggi malah masih tertinggi di seluruh negara sejak dua bulan lalu.

Pada saya “lain-lain saringan” ini yang paling bahaya kerana ia adalah kes yang tidak berkait dengan mana-mana kluster yang sudah dikenal pasti dan setiap kes dari kategori ini mampu melahirkan sebuah kluster baru.

Biasanya ianya terdiri dari saringan begejala di mana orang yang sakit setelah dijangkit meminta rawatan.

Ianya bukan hasil dari pengesanan secara aktif bagi kluster sedia ada atau untuk kontak hubungan rapat.

Ini posting saya hari itu: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157511022940952

Sekrang, kita tengok jumlah kes baru di Sabah terkini:

19 Nov (Khamis): 660 kes baru (98 lain-lain saringan)
20 Nov: 512 kes baru (119 lain-lain saringan)
21 Nov: 346 kes baru (155 lain-lain saringan)
22 Nov: 311 kes baru (114 lain-lain saringan)
23 Nov: 289 kes baru (73 lain-lain saringan)
24 Nov: 232 kes baru (70 lain-lain saringan) <--- keperluan kuarantin wajib mansuh.
25 Nov: 293 kes baru (72 lain-lain saringan)
26 Nov: 326 kes baru (108 lain-lain saringan)
27 Nov: 411 kes baru (95 lain-lain saringan)
28 Nov: 476 kes baru (70 lain-lain saringan)

Saya tak nak ulas lagi tentang baik buruk keputusan kerajaan memansuhkan keperluan kuarantin wajib 14 hari itu.

Saya cuma harap kerajaan PN sedar bahawa jumlah kes baru Covid di Sabah sudah naik satu kali ganda sejak keputusan itu dibuat dan kes baru Sabah dari kategori “lain-lain saringan” masih tertinggi di seluruh negara.

Sekali lagi, saya tegas bahawa setiap keputusan yang melibatkan kesihatan Rakyat dan ekonomi negara perlu berpandu pada sains – bukan berdasarkan kepentingan politik.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157520793335952/

Leave a Reply