Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Oleh sebab prestasi kerajaan PH "amat baik", Tun M pun tumbangkan kerajaan... - Najib Razak

Oleh sebab prestasi kerajaan PH “amat baik”, Tun M pun tumbangkan kerajaan…

By Friday February 5th, 2021 No Comments

Oleh sebab prestasi kerajaan PH “amat baik”, Tun M pun tumbangkan kerajaan PH.

Lalu Tun M kata prestasi kerajaan PH amat baik sebab dia kata dia berjaya tangani krisis kewangan dan hutang negara.

Aduh.. ini mesti kes Menteri Kewayangan dan Menteri Ekonomi PH memberi laporan palsu dan cerita dongeng pada Tun M.

Untuk maklumat Tun M, semasa pentadbiran PH yang “amat baik”:
– Pasaran saham Malaysia menjadi paling corot dalam dunia – dikalahkan Zimbabwe.
– Nisbah hutang negara naik dari 48.7% ke 54.4% setelah PH menambah hutang negara sebanyak RM140 bilion.
– Defisit negara untuk dua tahun berturut-turut adalah lebih tinggi berbanding masa BN.
– pertumbuhan KDNK negara tahun 2019 menjadi paling lemah sejak 10 tahun lalu SEBELUM krisis Covid.
– pelaburan langsung asing (FDI) jatuh ke paling lemah dalam rantau ASEAN
– negara mengalamai aliran keluar dana asing sebanyak RM25 bilion pada tahun 2018 dan 2019 berbanding aliran masuk dana asing sebanyak RM11 bilion pada tahun 2017.
– Hibah dan dividen-dividen tabung rakyat menjadi paling rendah dalam sejarah untuk dua tahun tersebut.
– Aset bersih Khazanah Nasional jatuh dari RM116 bilion ke RM73 bilion setelah PH menjual aset negara secara lambak.
– Petronas diturunkan penarafan dua kali setelah PH jarah RM84 bilion dari rizab tunai RM176 bilion ditinggal BN.
– Eksport negara semakin turun sehingga menjadi pertumbuhan negatif pada tahun 2019 sebelum krisis Covid bermula.
– jurang pendapatan (Gini coefficient) melebar semula – iaitu buat kali pertama sejak tahun 2004.
– hubungan antarabangsa Malaysia semakin tegang.
– Rakyat disuruh ikat perut dan tidak iri hati orang kaya.

Tang mana yang Tun M berjaya tangani krisis kewangan?

Negara tak mengalami apa-apa krisis ekonomi sebelum Tun M jadi PM7 dengan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.9%, kenaikan eksport 18.9%, penurunan defisit kerajaan dan nisbah hutang negara ke 2.9% dan 48.7% masing-masing, dividen KWSP paling tinggi sejak 20 tahun lalu, pasaran saham Malaysia menjadi pasaran saham paling lama menaik (world’s longest bull-run market) dalam dunia sehingga mencapai tahap tertinggi 1,896 mata sebulan sebelum PRU14.

Lepas Tun M jadi PM7, baru lah ekonomi menjadi teruk.

Melayu (dan Malaysians) tak mudah lupa.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157678989760952/

Leave a Reply