Okay. Ini saya benar-benar tak faham. Ahli Parlimen PAN kata tukar slogan…

By Tuesday December 1st, 2020 No Comments

Okay. Ini saya benar-benar tak faham.

Ahli Parlimen PAN kata tukar slogan ‘Sayangi Sawitku’ kepada ‘Sawit Anugerah Tuhan’ berbahaya pada Malaysia sebab slogan baru ada perkataan “tuhan”.

Dengan itu, negara-negara barat akan anggap kempen itu patuh syariah.

Oh? Slogan baru guna perkataan “tuhan” bukan guna “Allah”.

PAN fikir negara-negara barat tak ada “tuhan” ke?

Kenapa pula negara-negara barat akan anggap ianya patuh syariah. pula?

Dan jikapun ianya patuh syariah pun, apa masalahnya?

Tak ada benda lain untuk bangkang ke?

Saya rasa maksud sebenar parti PAN ialah tukar slogan ‘Sayangi Sawitku’ kepada ‘Sawit Anugerah Tuhan’ berbahaya pada Malaysia sebab Teresa Kok akan marah.

Cakap sahaja parti PAN takut Teresa marah. Kita faham.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157525787625952/

Leave a Reply