Nilai pasaran (market capitalization) seluruh FGV pada hari Jumaat ialah…

By Sunday December 13th, 2020 No Comments

Nilai pasaran (market capitalization) seluruh FGV pada hari Jumaat ialah RM4.34 bilion.

Kerajaan/FGV sudah milik 50% FGV. Jadi perlu bayar lagi RM2.17 bilion untuk beli baki 50% FGV untuk milik 100% FGV.

Boleh angkat RM2.17 bilion ini dari RM8.42 bilion hasil penjualan cuma 16% saham dalam IHH Berhad masa kerajaan PH dahulu.

Balance RM6.25 bilion itu kamu angkat untuk jelaskan segala hutang peneroka kepada FELDA untuk tunaikan janji manifesto PRU14.

Sebab IHH Berhad itu juga dibina masa saya PM dan disenarai pada masa yang sama dengan FGV.

Sebelum PRU14, harga saham IHH sekitar RM6.10. Harga saham IHH disenarai pada tahun 2012 ialah RM2.85 – iaitu kenaikan nilai pasaran sekitar RM32 bilion ke lebih RM55.4 bilion.

Kerajaan masih milik kepentingan saham sebanyak 26.05% dalam IHH Berhad bernilai sekitar RM14 bilion selepas dijual 16% itu.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157551856315952/

Leave a Reply