News_archive

Nilai aset air Selangor tidak munasabah

By Saturday June 13th, 2009 No Comments

SHAH ALAM 13 Jun – Isu air di Selangor lambat diselesaikan kerana nilai aset air yang ditetapkan oleh kerajaan negeri itu adalah tidak munasabah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, Kerajaan Pusat telah memberi notis mengenai perkara itu dan Selangor sepatutnya tahu implikasi yang bakal dihadapi selepas ini.

“Jadi, perkara ini kita dah bagi notis kepada kerajaan negeri dan mereka tahu implikasi daripada pendirian Kerajaan Pusat.

“Kita nak nyatakan kalau ada apa-apa berlaku kemudian, ini bukan kesalahan Kerajaan Pusat kerana kita dah bagi notis yang cukup kepada kerajaan negeri,” tegas beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Badan Perhubungan UMNO Selangor kali kedua di sini hari ini.

Sumber : Utusan Malaysia

Leave a Reply