Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Nilai aset air Selangor tidak munasabah lambatkan isu selesai - Najib Razak
News_archive

Nilai aset air Selangor tidak munasabah lambatkan isu selesai

By Friday June 12th, 2009 No Comments

 SHAH ALAM 13 Jun — Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini berkata isu air di Selangor lambat diselesaikan kerana nilai aset air yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri adalah tidak munasabah.

Tidak ada paksaan kepada kerajaan negeri untuk berhijrah kepada sistem atau rejim pengurusan air baru di Malaysia, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Selangor yang diterajui beliau.

“Kerajaan Selangor boleh kekal dalam rejim yang sedia ada tetapi dia terpaksa menanggung implikasi daripada keputusan itu. Jadi kalau dia pindah rejim yang baru maka dia kena rundingkan perkara ini.

“Soalnya, masalah kelambatan ini ialah, nilai yang ditetapkan oleh kerajaan Selangor itu bukan nilai yang munasabah,” katanya.

Kerajaan Pusat telah memberi notis kepada kerajaan negeri bagi menyelesaikan isu ini, katanya.

“Kita nak menyatakan jika apa-apa berlaku, ini bukan kesalahan kerajaan pusat, kita dah bagi notis yang secukupnya kepada kerajaan negeri,” kata Najib.

Apabila ditanya bilakah notis itu berakhir, Najib berkata beliau tidak berapa ingat akan tarikhnya tetapi ia telah diserahkan kepada Kerajaan Selangor.

Najib berkata di dalam mesyuarat itu beliau juga telah meminta isu air ini diperjelaskan kepada semua pemimpin UMNO supaya dapat dihuraikan oleh mereka secara tepat kepada pihak orang ramai.

Selain itu, beliau berkata antara isu yang perlu diberi perhatian dan penjelasan oleh kerajaan pusat ialah mengenai perumahan dan tol.

Sebelum ini, kerajaan negeri menawarkan untuk menjual aset-aset bekalan airnya kepada Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) agensi dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan pada harga RM9.7 bilion.

Sumber : Utusan Malaysia

Leave a Reply