Nelson Mandela telah meninggalkan lebih daripada nama. Selama berbulan,…

By Friday December 6th, 2013 No Comments

Nelson Mandela telah meninggalkan lebih daripada nama.

Selama berbulan, seluruh dunia telah pun bersedia untuk menerima berita sedih ini. Namun, apabila tiba masanya, kesedihan and kehilangan masih mendalam dirasai. Nelson Mandela, seorang ikon yang memperjuangkan kebebasan dan demokrasi yang lebih mesra dikenali sebagai Madiba, telah menemui ajal, meninggalkan Afrika Selatan – dan dunia ini – sebuah legasi yang terlahir dari kesusahan dan ketabahan.

Pepatah Melayu popular terlintas di fikiran: “Harimau mati tinggalkan belang, manusia mati tinggalkan nama.” Mandela meninggalkan lebih daripada nama; mendiang juga telah meninggalkan negara yang muncul dari kegelapan apartheid untuk menjadi simbol demokrasi dan perdamaian yang bersinar.

Saya memandang mendiang sebagai seorang pemimpin unggul dalam kalangan pemimpin-pemimpin. Biografi mendiang, “A Long Walk to Freedom” akan terus menjadi sumber inspirasi untuk saya. Generasi hadapan mungkin tidak memahami sepenuhnya pengorbanan and sumbangan beliau kepada dunia, namun usaha kita hari ini dan esok akan terus menghidupkan semangat demokrasi yang ditegakkan oleh Mandela.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10151763405260952/

Leave a Reply