Nampaknya portal MalaysiaNow milik adik Latheefa Koya semakin terdesak dalam…

By Wednesday November 11th, 2020 No Comments

Nampaknya portal MalaysiaNow milik adik Latheefa Koya semakin terdesak dalam usahanya untuk memburukkan saya.

(editor portal pula setiausaha akhbar Mat Sabu)

Sebab MalaysiaNow kurang puas hati selepas saya mengkritik bajet 2021 semalam, mereka mengeluarkan artikel pagi ini untuk kecam saya.

“Putrajaya kini masih dibebani hutang berjumlah RM14.6 bilion yang diwarisi daripada era pentadbiran Najib Razak, ketika bekas perdana menteri itu dilihat berganding bahu dengan ahli Parlimen pembangkang mengkritik Belanjawan 2021 yang dikatakan tidak cukup untuk membantu rakyat terkesan akibat pandemik Covid-19.”
https://www.malaysianow.com/berita/2020/11/11/hutang-rm14-66-bilion-era-najib-bebankan-kerajaan/

Hutang RM14.66 bilion dari masa saya PM yang kamu kata adalah beban kamu nampak.

Yang aset bersih Khazanah naik RM84 bilion masa saya PM kamu tak nampak?

Yang rizab tunai Petronas naik RM144 bilion masa saya PM kamu tak nampak?

Jumlah kekayaan negara yang naik berganda dari RM800 bilion ke RM2 trilion masa saya PM, kamu juga tak nampak?

Jika kekayaan ini tidak dibina masa saya PM, adakah kerajaan PN mampu melaksanakan dan berbelanja begitu banyak pada tahun 2020 ini untuk pelbagai pakej-pakej bantuan Prihatin?

Ko ingat kerajaan PH mahupun kerajaan PN baru lahir yang bina duit itu ke pada keadaan ekonomi paling lemah sejak 11 tahun lalu dan pasaran saham kita menjadi paling corot dalam dunia pada masa mereka mentadbir?

Apakah RM14.66 bilion ini sedangkan kerajaan PH dulu cuma jual 16% daripada syarikat IHH Berhad dibina masa saya PM sudah RM8.4 bilion?

Manakala PH menjual sebahagian dari projek Bandar Malaysia dibina masa saya juga dah RM7.4 bilion.

Yang PH tambah hutang negara RM140 bilion dan jarah Petronas RM84 bilion tak mahu kira pula?

Posting FB MalaysiaNow: https://www.facebook.com/MNowNews/posts/147334787087203



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157482544760952/

Leave a Reply