Nampaknya penjualan belum selesai. Dec 2020: Petronas jual 5.96% MISC dan…

By Friday December 11th, 2020 No Comments

Nampaknya penjualan belum selesai.

Dec 2020: Petronas jual 5.96% MISC dan 7.75% KLCC dengan harga RM2.8 bilion walaupun harga saham rendah.

Dec 2019: Petronas jual kepentingan saham 5.11% dalam MISC, 5.93% dalam Petronas Dagangan dan 9.66% kepentingan Petronas Gas dengan harga RM6 bilion.

Selepas penjualan berterusan ini, pegangan Petronas dalam MISC sudah jatuh ke 51.6% manakala pegangan dalam Petronas Gas cuma 50.97%.

Sukar untuk jual lagi sebab ada risiko Petronas akan hilang kuasa kawalan dalam syarikat-syarikat tersebut.

Ramai percaya penjualan ini disebabkan Petronas juga akan perlu bayar dividen yang agak tinggi tahun ini:
– 2020: RM34 bilion (PN)
– 2019: RM54 bilion (PH)
– 2018: RM24 bilion (PH
– 2017 dan 2016: RM16 bilion (BN)

Merujuk penyata akaun terbaru Petronas untuk Suku 3 2020 berbanding Suku 2 2018 iaitu sejurus selepas PRU14 dan sebelum PH mula jarah:
– Rizab tunai Petronas sudah turun RM32.5 bilion
– Hutang dan liabiliti naik RM31 bilion

Akibatnya, nilai bersih Petronas telah turun RM47 bilion sejak PRU14 dari RM432 bilion pada Jun 2018 ke RM385 bilion pada Sep 2020.

Ini juga bermakna segala keuntungan Petronas sejak PRU14 (2018: RM55.3b, 2019: RM40.5b) telahpun diambil kerajaan dalam bentuk dividen serta cukai sehingga Petronas perlu banyak menjual aset dan pinjam lebih dari bank/pasaran bon.

Sebab itu, Petronas telah diturunkan penarafan 3 kali sejak PRU14.

Perkara ini tidak pernah berlaku bawah kerajaan BN masa saya PM.

Saya harap kekuatan Petronas dapat dipulihkan pada masa depan sebab ianya syarikat Malaysia yang paling terkenal di dunia dan negara kita perlu bersedia untuk hari di mana rizab gas dan minyak dalam negara habis digali.

Dec 2020: https://www.theedgemarkets.com/article/petronas-sells-shares-misc-and-klccp-stapled-group

Dec 20219: https://www.theedgemarkets.com/article/petronas-raises-rm6b-cutting-listed-unit-stakes



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157546183580952/

Leave a Reply