Nampaknya hari ini kita masuk lagi musim nak cari salah siapa kenapa Covid…

By Saturday April 18th, 2020 No Comments

Nampaknya hari ini kita masuk lagi musim nak cari salah siapa kenapa Covid merebak dalam negara – terutama siapa yang salah dengan kluster Tabligh.

Rata-rata pemimpin PH masuk mode “in denial”.

Sebab itu, Najib beri fakta lagi.

FAKTA 1. PH tak pernah naikkan status amaran Covid:

“Malaysia will not increase virus alert status, says Wan Azizah”
https://www.themalaysianinsight.com/s/217795

FAKTA 2. PH tak pernah halang perhimpunan umum (termasuk perhimpunan Tabligh).
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/01/29/tiada-halangan-untuk-perhimpunan-persidangan-kata-tpm/

Malah sehingga 11 Mac (iaitu sehari selepas kes pertama berhubung Tablgh dikesan), PH masih jemput orang himpun beramai-ramai dalam ceramah seluruh negara untuk menghasut Rakyat menolak PH.

11 Mac 2020: Jelajah Harapan mula tunjuk bunga-bunga sokongan, kata Mahfuz
https://malaysiadateline.com/jelajah-harapan-mula-tunjuk-bunga-bunga-sokongan-kata-mahfuz/

Ini adalah bukti PH TAK PERNAH ada niat untuk hentikan perhimpunan awam.

Semua perhimpunan dan acara awam hanya dilarangkan seluruh negara pada 13 Mac 2020 (iaitu 2 hari selepas menteri-menteri kabinet dilantik)

COVID-19: Semua perhimpunan, mesyuarat antarabangsa ditangguh sehingga 30 April – PM
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19-semua-perhimpunan-mesyuarat-antarabangsa-ditangguh-sehingga-30-april-pm-233640

FAKTA 3: Apabila pengarah WHO memberi amaran bahawa Malaysia bakal mengalami gelombang besar Covid, kerajaan PH tak hirau.

Malah mereka kata amaran WHO akan cetuskan kebimbangan Rakyat:

12 February 2020 (dua minggu sebelum acara Tabligh bermula):
KKM khuatir kenyataan Pengarah WHO cetus kebimbangan rakyat – Dzulkefly
https://malaysiagazette.com/2020/02/12/kkm-khuatir-kenyataan-pengarah-who-cetus-kebimbangan-rakyat-dzulkefly/

FAKTA 4: Kerajaan PH tak pernah halang semua pelancong dari China (hanya beberapa wilayah sahaja), dari Korea Selatan, dari Iran atau dari Itali.

Larangan ini hanya dikeluarkan pada 11 Mac 2020 iaitu hari pertama kabinet baru masuk kerja:

11 Mac Kabinet larang warga Itali, Iran, Korea Selatan masuk Malaysia
https://www.malaysiakini.com/news/514234

FAKTA 5.
Oleh kerana kerajaan PH tak pernah haramkan himpunan besar-besaran maka pada 13 Feb 2020, pihak polis serta DBKL telah memberi kelulusan kepada Masjid Seri Petaling untuk mengadakan himpunan 16,000 orang pada 27 Februari hingga 1 Mac.
https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10156862632130952/?type=3

Pada masa DBKL memberi kelulusan, siapa Menteri WP dan seiapa Menteri jaga agama?

Pada 24 Feb 2020 iaitu hari kerajaan PH tumbang dan juga 3 hari sebelum acara tabligh bermula, siapa Menteri WP dan seiapa Menteri jaga agama?

Adakah Menteri jaga agama pernah sedar acara seramai 16,000 akan berlangsung di sebuah masjid dalam Malaysia?

Adakah Menteri Wilayah Persekutuan pernah sedar acara seramai 16,000 akan berlangsung di sebuah masjid di Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan?

Pada 27 Feb hingga 29 Feb iaitu 3 hari pertama acara Tabligh, siapakah PM interim?

PH masih mahu nafi?

Tanya Ahli Parlimen DAP Hannah Yeoh:
https://www.facebook.com/hannahyeoh/posts/10158099069674034



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10156942447000952/

Leave a Reply