Nampaknya harapan untuk kerajaan membenarkan lanjutan moratorium pinjaman…

By Friday November 13th, 2020 No Comments

Nampaknya harapan untuk kerajaan membenarkan lanjutan moratorium pinjaman secara automatik dan secara pukal semakin malap.

Gabenor BNM hari ini kata ianya tak baik sebab jika kerajaan terus meletakkan lebih banyak wang di dalam ‘poket’ rakyat dalam jangka masa pendek, ia akan menimbulkan banyak gangguan ekonomi serta kesan negatif.

Dia kata bank perlu dijaga supaya mereka cukup wang untuk buat pinjaman baru dan tahap keyakinan dan kepercayaan kepada institusi perbankan akan terjejas teruk selain kestabilan sektor itu akan rapuh untuk jangka panjang.

(Ini kita minta tangguh 6 bulan je. Bukan minta mansuhkan hutang pun. Yang minta mansuhkan hutang B40 itu ketua pemuda PPBM – bukan kita.)

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/moratorium-menyeluruh-hanya-merencatkan-ekonomi-gabenor-bank-negara-268251



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157488174475952/

Leave a Reply