Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Najib umum peruntukan RM5.8 juta bagi projek jalan raya, rumah panjang - Najib Razak
News_archive

Najib umum peruntukan RM5.8 juta bagi projek jalan raya, rumah panjang

By Thursday June 30th, 2011 No Comments

TENOM 30 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kelulusan peruntukan sebanyak RM2.8 juta bagi menaik taraf jalan raya di Kemabong dekat sini dan pembinaan rumah panjang suku kaum Murut bernilai RM3 juta bagi menempatkan kraf tangan kaum itu.

Menurut Perdana Menteri, dua projek tersebut yang akan dilaksanakan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sangat penting dalam memberi keselesaan kepada penduduk setempat, selain memelihara khazanah kaum Murut.

Katanya, kelulusan segera itu dibuat selaras dengan iltizam kerajaan bagi memastikan pembangunan seimbang dapat dilakukan di Sabah seperti yang dikecapi oleh penduduk di Semenanjung.

“Kerajaan tidak pernah melupakan keperluan dan keselesaan masyarakat di desa, malah ia selaras dengan usaha kerajaan memastikan pembangunan seimbang dapat dilaksanakan di negara ini,” katanya ketika berucap pada Program Juara Rakyat 1Malaysia di Kemabong di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; dua Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Seri Yahya Hussin; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong, Datuk Rubin Balang.

Pada majlis tersebut, Najib turut berkesempatan bersarapan, minum kopi Tenom bersama pemimpin masyarakat dan orang ramai, selain meninjau pertandingan rumah tradisional kaum Murut.

Mengulas lanjut, Najib berkata, dalam tempoh satu setengah tahun pelaksanaan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), rekod pembangunan kawasan luar bandar bagi menaik taraf jalan raya, penyediaan kemudahan bekalan air bersih dan elektrik serta pembinaan rumah kos rendah adalah yang tertinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Sumber : Utusan

Leave a Reply