Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Najib Umum Peruntukan RM2 Juta Untuk Persatuan Bekas Anggota KEMAS - Najib Razak
News_archive

Najib Umum Peruntukan RM2 Juta Untuk Persatuan Bekas Anggota KEMAS

By Thursday February 9th, 2012 No Comments

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan sebanyak RM2 juta bagi menubuhkan Yayasan Persatuan Bekas Anggota Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Pengumuman itu dibuat pada majlis perjumpaan dan penyampaian bantuan khas kepada 2,500 kumpulan pertama bekas kakitangan kontrak KEMAS di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Rabu malam.

Pada majlis itu, bekas kakitangan kontrak tersebut menerima durian runtuh sebanyak RM3,000 seorang daripada kerajaan sebagai menghargai sumbangan mereka yang telah berkhidmat lebih lima tahun.

Ganjaran itu disampaikan dalam bentuk replika cek kepada pengerusi persatuan bekas anggota KEMAS negeri-negeri.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan anugerah kepada tokoh-tokoh KEMAS.

Bantuan itu adalah selaras dengan kenyataan Perdana Menteri ketika pembentangan Belanjawan 2012 bahawa imbuhan secara sekaligus sebanyak RM3,000 akan diberikan kepada bekas kakitangan KEMAS yang berkhidmat dengan jabatan itu melebihi lima tahun.

Semua bekas kakitangan kontrak yang layak boleh membuat permohonan dengan menggunakan borang yang boleh diperoleh di Ibu Pejabat KEMAS, semua pejabat KEMAS atau pejabat Persatuan Bekas Anggota KEMAS Malaysia (PBKAM) atau laman web KEMAS.

Sumber : Bernama

Leave a Reply