Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Najib Ucap Terima Kasih Kepada Presiden UMNO - Najib Razak
News_archive

Najib Ucap Terima Kasih Kepada Presiden UMNO

By Wednesday March 25th, 2009 No Comments

DATUK Seri Najib Razak yang bakal mengambil alih teraju kepemimpinan Umno, berterima kasih kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang memberi banyak sumbangan sepanjang lima tahun memimpin parti terbesar Melayu itu.

“Bagi pihak Umno, saya merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Presiden parti. Dalam rangka meningkatkan keyakinan terhadap institusi kehakiman, beliau menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Hakim.

“Begitu juga, usaha berterusan beliau dalam memerangi rasuah dengan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” kata Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam tadi.

Katanya, sumbangan Perdana Menteri amat dihargai, khususnya dalam menyediakan jaringan keselamatan sosial untuk memerangi kemiskinan tegar dan memperkasakan industri pertanian negara.

Sambil melahirkan rasa hiba kerana berucap buat kali terakhir sebagai Timbalan Presiden merasmikan persidangan ketiga-tiga pergerakan itu, Najib berkata, beliau terharu dan tawaduk kerana diamanahkan kepercayaan padu akar umbi untuk memimpin parti dan seterusnya negara.

“Dalam situasi begitu mencabar kepada parti dan negara, tergalas di bahu saya tugas besar meneruskan tanggungjawab mulia Umno membela untung nasib rakyat. Penghargaan peribadi saya kepada setiap ahli Umno yang menyokong saya.

“Saya juga berterima kasih kepada Wanita, Pemuda dan Puteri kerana kerjasama sepenuhnya selama saya menjadi Timbalan Presiden dan berharap permuafakatan itu diteruskan apabila saya memegang jawatan Presiden parti. Saya percaya sokongan sama juga akan diberi kepada Timbalan Presiden Umno yang baru,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Leave a Reply