News_archive

Najib Ucap Takziah Kepada Taib Mahmud

By Thursday April 30th, 2009 No Comments

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 April (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini menyampaikan ucapan takziah kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di atas pemergian ke rahmatullah isteri beliau Puan Sri Laila Taib Rabu.
 
“Saya dengan penuh hiba dan sedih mengucapkan takziah kepada Tan Sri Abdul Taib atas kembalinya ke rahmatullah isteri beliau hari ini.
 
“Allahyarham Puan Sri merupakan seorang yang sangat disayangi oleh Pehin Sri dan seorang yang telah memberi sokongan kuat dan sentiasa berada di sisi Pehin Sri.
 
“Sudah tentulah kehilangan ini sangat besar dan saya berharap Pehin Sri tabahkan hati dan redha menerima ketentuan ilahi,” kata Najib kepada wartawan Malaysia di sini.
 
Puan Sri Laila meninggal dunia akibat kanser pada 3.45 petang.
 
Najib yang dalam rangka lawatan dua hari ke Brunei, akan terbang ke Kuching esok untuk menziarah jenazah Puan Sri Laila, sebaik sahaja berjumpa dengan rakyat Malaysia di sini.

Sumber : Bernama

Leave a Reply