Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Najib Tonton Program Al-Kuliyyah - Najib Razak
News_archive

Najib Tonton Program Al-Kuliyyah

By Friday April 6th, 2012 No Comments

PUTRAJAYA, 6 April (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyaksikan program Al-Kuliyyah terbitan TV3 yang bersiaran secara langsung dari Seri Perdana di sini.

Turut hadir menyaksikan rancangan itu isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Dalam rancangan selama sejam itu yang mengupas topik ‘Konsep Wasatiyyah’, Perdana Menteri turut diwawancara perantara program itu Zainal Ariffin Ismail mengenai konsep tersebut.

Najib berkata sesuatu bantuan yang diberikan kepada rakyat mestilah mengikut kemampuan, seperti pemberian RM500 melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pemberian RM100 kepada setiap pelajar sekolah dan semua ini dilakukan mengikut kemampuan kerajaan dan ia memerlukan keseimbangan.

Rancangan itu menampilkan ahli panel seperti Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Syeikh Abdul Karim Omar Fatani Al-Makki dan penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun.

Selain Zainal Ariffin, turut bertindak sebagai perantara program itu ialah Ahmad Noor Sulaiman.

“Sesuatu amalan yang baik, hendak membuat amal jariah mesti ada lingkungan batas jangan ada mudarat pada diri kita, keluarga atau negara,” katanya.

Ditanya mengenai penerimaan konsep itu dalam dan luar negara, Najib berkata ia diterima baik kepimpinan asing kerana menampilkan Islam sebagai agama yang sederhana, menolak keganasan dan kefahaman ekstrim.

“Yang terkini di Persidangan Asean ke-20 di Phnom Penh (Kemboja) konsep Wasatiyyah itu diterima oleh ketua-ketua kerajaan Asean.

“Pada tahun lalu, ketika berucap di Brussel berkenaan Wasatiyyah pemimpin-pemimpin Eropah memberi tahu mereka sambut dengan positif dan cabaran kita adalah untuk mengubah persepsi negatif,” katanya.

Justeru Perdana Menteri berkata sekiranya Israel boleh menerima konsep kesederhanaan itu maka masalah kompleks antara Palestin dan Israel boleh dicari titik penyelesaian.

Sumber : Bernama

Leave a Reply