Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Najib: Tingkatkan Perdagangan & Pelaburan, Isu Utama Di LID - Najib Razak
News_archive

Najib: Tingkatkan Perdagangan & Pelaburan, Isu Utama Di LID

By Sunday June 19th, 2011 No Comments

PUTRAJAYA, 19 Jun (Bernama) — Keperluan untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan Zimbabwe, Swaziland dan Uganda mendapat perhatian utama dalam perbincangan semasa mesyuarat dua hala dengan ketua negara masing-masing, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Pada umumnya, kami bercakap mengenai meningkatkan perdagangan dan pelaburan. Terdapatnya penurunan dan trend itu perlu diubah,” kata beliau ketika ditanya mengenai isu-isu yang dibincangkan semasa mesyuarat dua hala beliau di luar acara Dialog Antarabangsa Langkawi 2011 yang kesembilan di sini.

Najib mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe, Perdana Menteri Swaziland, Barnabas Sibusiso Dlamini, Naib Presiden Uganda, Edward Sekandi dan Naib Presiden Kenya, Stephen Kalonzo.

Perdana Menteri berkata Malaysia berusaha menarik lebih ramai pelajar dari benua Afrika untuk belajar di sini.

“Kami juga cuba menggalakkan syarikat-syarikat Malaysia untuk melabur di negara-negara yang menyertai LID,” kata beliau.

Ini, bagaimanapun, banyak bergantung kepada iklim politik dan perniagaan, kata beliau sambil menambah yang Zimbabwe merasakan itu lebih menjurus kepada isu persepsi.

“Zimbabwe perlu berusaha lebih keras untuk mengurangkan kebimbangan para pelabur berpotensi Malaysia,” kata beliau.

Ditanya mengenai syarikat yang dikatakan telah melakukan kajian kemungkinan di Tanzania tetapi tidak mengambil tugasan itu, Najib berkata kerajaan tidak boleh memaksa syarikat-syarikat persendirian untuk menjalankan perniagaan.

“Banyak kajian kemungkinan tidak berubah menjadi pilihan dan pengaturan perniagaan. Mungkin, projek itu tidak berdaya maju, boleh jadi ia ada masalah berkaitan tanah (pengambilalihan) atau mungkin syarikat itu berhadapan dengan kenkangan kewangan,” tambah beliau.

Sumber : Bernama

Leave a Reply