Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Najib Tiba Di Sabah Untuk Lawatan Kerja Dua Hari - Najib Razak
News_archive

Najib Tiba Di Sabah Untuk Lawatan Kerja Dua Hari

By Friday April 20th, 2012 No Comments

KOTA KINABALU, 20 April (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini Jumaat untuk melakukan lawatan kerja dua hari ke Sabah.

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, yang menaiki pesawat khas, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada 2.45 petang.

Ketibaan mereka disambut Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, timbalan-timbalan Ketua Menteri, anggota Kabinet dan ketua-ketua jabatan kerajaan Persekutuan dan Negeri serta pemimpin masyarakat.

Sejurus tiba, Najib menghadiri majlis pelancaran Minggu Saham Amanah Malaysia 2012 di Kompleks Sukan Likas, dekat sini.

Malam ini, Najib dijadual menghadiri Majlis Perdana Bersama Rakyat 1Malaysia Parlimen Sandakan dan Parlimen Batu Sapi di Dewan Hakka, Sandakan.

Perdana Menteri juga dijadual melakukan tinjauan mesra di Taman Mawar dan Bandar Kim Fung, Sandakan pada 8 pagi esok sebelum berlepas pulang ke ibu negara.

Sumber : Bernama

Leave a Reply