Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Najib Tiba Di Sabah Untuk Lawatan Dua Hari - Najib Razak
News_archive

Najib Tiba Di Sabah Untuk Lawatan Dua Hari

By Wednesday June 29th, 2011 No Comments

KOTA KINABALU, 29 Jun (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini Rabu untuk melakukan lawatan kerja dua hari ke Sabah.

Beliau yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, tiba dengan pesawat khas di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, disambut Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan isteri Datin Faridah Tussin, anggota Kabinet dan pegawai kanan kerajaan negeri dan Persekutuan serta pemimpin masyarakat tempatan.

Sejurus tiba, Najib mengadakan perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri sebelum menghadiri jamuan 1Malaysia di Padang Merdeka di sini.

Pagi esok, Najib akan menghadiri program Juara Rakyat di pekan Kemabong, Tenom di bahagian pedalaman Sabah sebelum berlepas dengan helikopter ke Sipitang bagi melancarkan Festival Gasing dan Tamu Besar Sipitang (GATA) 2011.

Pada sebelah petang, Perdana Menteri akan melakukan tinjauan mesra di pekan Inanam dekat sini.

Sebelum mengakhiri lawatannya ke Sabah, beliau dijangka mengadakan perjumpaan bersama rakan Facebook.

Sumber : Bernama

Leave a Reply